Connect with us
restoran

Oh! Tidak

Restoran Nasi Ayam Claypot Terkenal Kantoi Guna ‘Rice Wine’ Dalam Masakan Ditutup

Konten makanan dekat Malaysia ni memang senang sangat viral sehingga menyebabkan ramai orang akan menyerbu restoran terbabit untuk cuba sendiri makanan di sana. Tapi, korang yang beragama Islam tu ada kaji tak kedai tu halal atau tidak sebelum makan?

Macam baru-baru ni, viral sebuah restoran yang menyediakan nasi ayam periuk tanah sebagai menu terlaris sejak lebih 20 tahun. Pemilik restoran itu bagaimanapun beragama Islam dan mengesahkan bahawa makanan yang disediakannya halal.

IKLAN

Bagaimanapun, seorang pengguna TikTok mendedahkan restoran terbabit mencampurkan minyak bijan dalam masakan, rice wine turut digunakan.

Tengok betul-betul, dia pakai apa tu?

Melihat daripada video yang dikongsikan, pemilik restoran itu menggunakan bahan yang tidak halal dan mempunyai kandungai alkohol.

Seorang Cina Muslim, Jasmin Cheong turut mengesahkan perkara itu di ruangan komen dan sos yang digunakan turut mengandungi 16% alkohol jenama Hua Tiao Chew Rice Wine.

Sehingga kini restoran terbabit masih mengunci mulut dan tidak menjawab segala persoalan pelanggan. Mereka kini didakwa tutup operasi premis sementara waktu selepas kantoi menggunakan bahan tidak halal. Diharapkan pihak berkuasa boleh lakukan serbuan dan pemeriksaan menyeluruh tentang kes ini.

Kredit: TikTok

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Sayalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang selalu temani awak di saat susah nak tidur tu. Nak tahu apa yang terkini dan viral boleh cari nama abang ok!

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

Trending Bulan Ini

Ohmedia Banner
Ke Atas