Trending
Khairul Aming Umum Buka Restoran Pertama Lepas Setahun Simpan Rahsia, Modal Cecah RM4 Juta!
Khairul Aming umum restoran pertama dengan modal RM4 juta di Kg Baru.
Siapa sangka selepas 10 tahun mencipta nama di dunia online, Khairul Aming akhirnya buat kejutan besar apabila mendedahkan beliau bakal membuka restoran pertamanya.
Lebih menarik, projek ini sebenarnya sudah disimpan sebagai rahsia selama setahun sebelum diumumkan hari ini.
Akhirnya Khairul Aming buka kedai
Selepas setahun simpan rahsia, i’m pleased to announce restoran pertama Khairulaming
— Khairulaming (@khairulaming) December 9, 2025
Dengan menelan modal 4 juta ringgit, kita bina bangunan dari scratch di atas tanah kosong seluas 8,000 kaki di Kg Baru, jarak 9 minit dari KLCC. Ini adalah investment terbesar KA pernah buat… pic.twitter.com/7pGzC3kMo1
Perkongsian itu nyata mengujakan peminat kerana ia menandakan langkah besar Khairul Aming daripada dunia digital ke dunia perniagaan fizikal.

Bukan kecil-kecil modal yang dibelanjakan, angka yang disebut memang buat ramai terdiam.
Modal RM4 juta, bina bangunan dari kosong di Kampung Baru

Dalam perkongsian di X, Khairul Aming memaklumkan bahawa beliau melaburkan sebanyak RM4 juta untuk projek ini.
Menurutnya, bangunan restoran dibina dari kosong di atas tanah seluas 8,000 kaki persegi yang terletak di Kg Baru, hanya 9 minit dari KLCC.
Dengan menelan modal 4 juta ringgit, kita bina bangunan dari scratch di atas tanah kosong seluas 8,000 kaki di Kg Baru, jarak 9 minit dari KLCC. Ini adalah investment terbesar KA pernah buat untuk one single project.
Beliau turut berkongsi bahawa ini merupakan pelaburan terbesar yang pernah dilakukan dalam satu projek sepanjang perjalanan kerjayanya.
Nama restoran tersebut, Rembayung, sudah mula mencetuskan rasa teruja dalam kalangan peminat yang tak sabar nak tahu konsep, menu dan pembukaan rasminya.
Pssttt! Langkah Khairulaming ini memang luar biasa daripada dapur di rumah ke pelaburan jutaan ringgit dalam dunia restoran. Keberanian dan visi jangka panjang beliau wajar dijadikan inspirasi, terutamanya kepada anak muda yang mahu membina empayar sendiri. Semoga perjalanan Rembayung membuka lebih banyak peluang dan kejayaan untuk beliau.
Kredit: X Khairul Aming
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.