Connect with us

Oh! Media

“Kawasan Tanah Runtuh Adalah Milik Tanah Kerajaan” – Pemilik Father’s Farm Mohon Maaf, Sedia Bertanggungjawab

Trending

“Kawasan Tanah Runtuh Adalah Milik Tanah Kerajaan” – Pemilik Father’s Farm Mohon Maaf, Sedia Bertanggungjawab

Tragedi tanah runtuh di tapak perkhemahan Father’s Organic Farm baru-baru ini telah mengorbankan 26 mangsa setakat ini dengan 7 lagi mangsa masih hilang.

ADVERTISEMENT

BACA: “Pucat, Sejuk, Tidak Lagi Bernadi” – Anggota APM Kongsi Detik Sedih Cari Mangsa Tanah Runtuh

Tragedi ini telah menyebabkan ramai warganet yang mengecam pengendali tapak perkhemahan tersebut yang didakwa telah mengusahakan tapak perkhemahan secara haram.

Pengendali dedah kejadian tanah runtuh berlaku di kawasan kerajaan

Terbaru, Berita Harian melaporkan pengendali Father’s Organic Farm, Frankie Tan memaklumkan bahawa beliau tidak akan lari daripada tanggungjawab meskipun kejadian tanah runtuh itu sebenarnya berlaku di luar ladang diusahakannya.

Frankie meluahkan rasa sedihnya terhadap tragedi yang menimpa mangsa dan waris sambil menambah bahawa beliau bersedia untuk membantu dengan apa jua cara.

Sebagai pengendali tapak perkhemahan, kami ingin menyatakan bahawa kami tidak akan lari dari bertanggungjawab.

Kawasan tanah runtuh itu adalah milik tanah kerajaan iaitu kira-kira 2 atau 3 kilometer dari tanah ladang yang kami pajak.

Tambahan pula, tapak tanah runtuh adalah hutan besar yang tidak pernah dibangunkan.

Tambah Frankie lagi, beliau berdepan tekanan dari pelbagai pihak, termasuk keluarga mangsa yang menyalahkan beliau di atas kejadian yang berlaku.

Selepas kejadian itu, beberapa mangsa yang terselamat dan ahli keluarga mengutuk saya di tempat kejadian (tanah runtuh).

Saya faham dan apa yang boleh saya lakukan ialah menundukkan kepala dan membiarkan mereka melepaskan diri.

Untuk rekod, Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia (JMG) pada September lalu menyenaraikan kawasan tanah runtuh yang terjadi di Batang Kali sebagai lokasi kritikal.

Bagaimanapun, Frankie berkata, beliau tidak pernah menerima apa-apa surat atau sebarang maklumat mengenai senarai terbabit.

Kredit: Berita Harian

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas