Connect with us

Oh! Media

“Kadinya Ini Faham Agama Gak Ya” – Viral Dakwaan Lelaki Kahwin Kembar Serentak, Ada Kata Cuma ‘Edit’

Kahwin Kembar Indonesia

Trending

“Kadinya Ini Faham Agama Gak Ya” – Viral Dakwaan Lelaki Kahwin Kembar Serentak, Ada Kata Cuma ‘Edit’

Viral di Indonesia foto memaparkan seorang lelaki duduk di pelamin bersama dua orang wanita yang dikatakan pasangan kembar.

BACA: Cerai Dengan Isteri, Atuk 90 Tahun Kahwini ‘Bekas’ Kakak Ipar 28 Tahun

Menerusi satu perkongsian di Twitter, mereka didakwa telah berkahwin pada Jun lalu bagaimanapun lokasi pengantin dirahsiakan kerana privasi.

IKLAN
37488 heboh seorang pria nikahi 2 wanita saudara kembar sekaligus warganet geleng geleng kepala
Kembar nikah

Perkongsian itu ternyata telah mengundang pelbagai kritikan netizen. Mereka mempersoalkan adakah ianya cuma content kerana dalam Islam adalah haram bagi seorang lelaki menikahi adik beradik sekaligus.

Kahwin Kembar

Sementara itu, ada juga yang berkata foto viral berkenaan hanyalah suntingan bukannya benar-benar terjadi seperti yang didakwa.

Merujuk kepada Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, terdapat beberapa golongan yang haram dikahwini iaitu:

Perempuan yang Haram Dikahwini

Perempuan yang diharamkan untuk dikahwini terbahagi kepada dua keadaan iaitu haram berkahwin untuk selama-lamanya (المحرمات حرمة مؤبدة) dan haram dinikahi untuk sementara waktu (المحرمات حرمة مؤقتة).

Pengharaman secara kekal ini bemaksud seorang lelaki tidak boleh mengahwini sebahagian perempuan untuk selama-lamanya walau dalam apa jua keadaan sekalipun.

Terdapat tiga sebab pengharaman secara kekal, iaitu:

  • Nasab atau hubungan kerabat iaitu ibu, nenek, anak perempuan, adik-beradik perempuan kandung, sebapa atau seibu, anak perempuan kepada adik-beradik lelaki atau perempuan dan ibu saudara sebelah bapa atau sebelah ibu.
  • Hubungan persemendaan, musaharah (disebabkan perkahwinan) iaitu ibu tiri, nenek tiri sebelah ibu atau bapa, menantu perempuan, isteri cucu, ibu mertua dan anak tiri perempuan.
  • Hubungan penyusuan iaitu ibu susuan, adik-beradik perempuan susuan, anak perempuan daripada adik-beradik susuan, ibu saudara susuan dan anak perempuan susuan.
  • Haram juga berkahwin disebabkan oleh gabungan hubungan perkahwinan dan susuan seperti ibu susuan kepada isteri, anak perempuan susuan isteri, isteri bapa susuan dan isteri anak susuan.

Perempuan yang haram dikahwini untuk sementara waktu ialah:

  • Menghimpunkan dua saudara (adik-beradik) perempuan sama ada dalam aqad yang sama atau aqad yang berlainan. Sekiranya dalam aqad yang sama, maka perkahwinan tersebut batal. Dan sekiranya aqad yang berbeza, maka aqad yang kedua adalah batal.
  • Menghimpunkan seorang perempuan dengan ibu saudaranya sebelah bapa atau sebelah ibu; atau dengan anak saudaranya daripada adik beradik kandung, sebapa atau seibu.
  • Berkahwin lebih daripada empat. Justeru seorang lelaki tidak boleh mengahwini perempuan yang kelima.
  • Perempuan musyrik yang menyembah berhala melainkan setelah dia memeluk Islam.
  • Perempuan yang sudah berkahwin.
  • Perempuan yang masih dalam ‘iddah sama ada talaq raj’ie, talaq ba’in atau kematian suami.
  • Isteri yang ditalaqkan dengan talaq tiga, maka haram suami mengawininya sama ada ketika ‘iddah atau selepas ‘iddah melainkan selepas isteri tersebut telah berkahwin dengan lelaki lain dan diceraikan.

Kredit: Twitter @tanyakanrl

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Arini Saleh
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.
Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas