Connect with us
cicit nabi

Oh! Islam

JAHEAIK Minta Orang Ramai Berhati-Hati Dengan Lelaki Mengaku Cicit Nabi Muhammad

Sudah pasti masih ramai yang tertanya-tanya sama ada benar atau tidak dakwaan Sayyid Muhammad Amin bin Hamid Alidrisi Alhasani yang mengaku dirinya sebagai cicit Nabi Muhammad S.A.W.

Kehadiran individu ini ke Malaysia tempoh hari juga menjadi agak kecoh selepas ramai yang berasa was-was dan menjadi pertikaian warga maya.

IKLAN

Individu dakwa Jakim keluarkan kenyataan tentang individu mengaku cicit Nabi Muhammad

Namun, seorang pengguna Twitter telah berkongsi hasil siasatan Bahagian Penyelidikan JAKIM yang mengeluarkan kenyataan tentang individu mengaku cicit Nabi Muhammad S.A.W.

Dalam kenyataan itu, pihak Jakim mendapati wujud keraguan terhadap latar belakang yang mendakwa dirinya dari keturunan Nabi.

Berdasarkan penilaian awal, beberapa isu dan kontroversi berkaitan penama tersebut dan kalangan pelajar Asia Tenggara di tidak mengetahui kewujudan Majelis World Muhamadiah (Dar Muhammadiah) di Fes, Maghribi dan ia menjadi persoalan dan mencurigakan yang perlu diambil perhatian dan berhati-hati berkaitan penama tersebut.

Berikut adalah 6 kes yang pernah direkodkan melibatkan Sayyid berdasarkan perkongsian Sinar Harian

Dakwaan kenyataan dikeluarkan Jakim ini masih belum dapat dipastikan

Bagaimanapun, kami tidak dapat mengesan sumber asal dakwaan kenyataan dari Jakim ini. Setakat ini, hanya kenyataan screen shot ini sahaja yang tersebar. Kita masih menantikan pengesahan dari pihak Jakim sendiri mengenai kenyataan yang tersebar ini.

Jaheaik minta orang ramai berhati-hati

Memetik laporan Sinar Harian pula, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (Jaheaik) meminta agar semua pihak menyemak dahulu kesahihan latar belakang individu yang mendakwa diri sebagai keturunan Nabi Muhammad.

Hasil semakan yang dilakukan dengan pihak berkuasa di Morocco mendapati wujudnya keraguan terhadap latar belakang lelaki yang mendakwa dia sebagai keturunan junjungan besar Nabi Muhammad SAW.

Perkara itu dinyatakan Pengarah Jaheaik, Datuk Che Mohd Rahim Jusoh yang turut meminta orang ramai mendapatkan pengesahan pihak berwajib bagi mengelakkan sebarang masalah.

Kredit: Twitter | Sinar Harian

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Sayalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang selalu temani awak di saat susah nak tidur tu. Nak tahu apa yang terkini dan viral boleh cari nama abang ok!

Lagi dalam kategori Oh! Islam

Trending Bulan Ini

Ohmedia Banner
Ke Atas