Sekarang ni macam dah biasa sangat tengok pasangan yang belum berkahwin keluar dating berpegangan tangan walaupun tahu perkara itu haram.
Sepatutnya perkara itu tak boleh dinormalisasi kerana boleh mendatangkan pelbagai akibat kepada diri sendiri dan juga keluarga.
IKLAN
Menurut video ceramah pendakwah bebas, Ustaz Azhar Idrus (UAI), mengikut sudut agama, seorang bapa sepatutnya tak boleh beri kebenaran kepada anak perempuan untuk keluar dengan lelaki yang bukan mahram.
Tambahnya, si bapa juga akan disoal di akhirat jika membenarkan perkara yang haram tersebut.
Apakah hukum ibu bapa suka biarkan anaknya keluar dengan lelaki lain yang bukan mahram? Tak boleh!
Allah akan tanya dia tentang anak perempuan, dia ajar tak hukum syarak, dia larang tak perkara haram?
Sebab Nabi kata, setiap suami, setiap bapa yang ada anak, dia akan ditanya di hari kiamat tentang anak dia nanti.
Ibu juga perlu bertanggungjawab
UAI juga berkata si ibu juga perlu memainkan peranan dan perlu bertanggungjawab jika membenarkan anaknya keluar dengan pasangan sebelum berkahwin.
Kerana Nabi kata, seorang ibu adalah pemimpin dalam rumah ketika suami tidak ada di rumah. Maka dia akan kena tanya tentang anak dia di hari kiamat nanti.
Walau bagaimanapun, pergaulan antara dua jantina ini juga boleh dibenarkan mengikut garis panduan dalam agama dengan tujuan yang jelas seperti urusan keperluan dan darurat.
Tidak berkhalwat (berdua-duaan) di tempat tertutup sekiranya tiada sebarang urusan darurat atau urusan keperluan mendesak.
menutup aurat dengan sempurna ketika berhadapan dengan berlainan jantina.
Menjaga serta menundukkan pandangan pada kadarnya ketika berurusan secara langsung.
Golongan perempuan tak boleh menggunakan suara yang lunak dan manja ketika berkomunikasi dengan lelaki asing serta tidak menunjukkan reaksi dan lenggok badan yang boleh menimbulkan syahwat.
Tidak bersentuahna antara lelaki dna perempuan.
Betul lah orang kata jangan normalisasi perkara yang tak normal. Alhamdulillah ilmu baru buat ibu bapa di luar sana. Semoga bermanfaat dan jadi peringatan buat kita semua.