Oh! Islam
Kerajaan Arab Saudi Umum Projek Kereta Kabel Naik Ke Gua Hira, Siap Tahun Depan
Kerajaan Arab Saudi baru-baru ini mengumumkan projek sistem kereta kabel ke Gua Hira yang dijangka akan mula beroperasi pada tahun depan.
Projek ini bertujuan memudahkan akses ke Gua Hira, yang terletak di Jabal Nur, sebuah gunung setinggi 634 meter dan kira-kira empat kilometer dari Masjidilharam.
Matlamat utama projek ini adalah untuk meningkatkan pengalaman ziarah dan memudahkan pengunjung melawat tempat bersejarah yang penting dalam Islam.
Ketua Pegawai Eksekutif Samaya Investment Company, Fawaz Al-Muhrej, dalam satu temubual dengan saluran TV Arab, Al Arabiya, mengesahkan bahawa projek kereta kabel ini hampir siap.
Projek ini akan menyediakan jemaah haji, umrah, dan pelancong dengan laluan yang lebih mudah dan moden untuk sampai ke Gua Hira.- Katanya.
Projek kereta kabel ini juga merupakan sebahagian daripada ‘Daerah Budaya Hira’, sebuah kawasan budaya yang dilancarkan tahun lalu di Arab Saudi. Kawasan ini merangkumi lebih 67,000 meter persegi dan terletak berhampiran dengan Jabal Nur.
Gua Hira merupakan tempat bersejarah di mana Nabi Muhammad SAW menerima wahyu pertama. Sebelum ini, akses ke Gua Hira agak sukar kerana ketinggian gunung dan laluan yang berliku.
Bagaimanapun, tahun ini menyaksikan penambahbaikan dengan penambahan jalan berturap untuk memudahkan perjalanan ke sana.
Jap!
Baca dulu respon netizen di Facebook & Telegram.
Rujukan kami: Harian Metro
Fimie Don Dedah Realiti Berlakon Drama Hikayat Putera Shazlan | Oh! Podcast Ep25
OH! MEDIA 14/03/2026 8:00 PM