Connect with us

Oh! Media

Filem Babi Didakwa Hina Orang Melayu? Ini Penjelasan Pengarahnya

Trending

Filem Babi Didakwa Hina Orang Melayu? Ini Penjelasan Pengarahnya

Minggu lepas, Pemuda Perikatan Nasional ada buat laporan polis dan menuntut tindakan penangkapan terhadap Wee Meng Chee atau lebih dikenali dengan nama Namewee. Kalau korang nak tahu, Namewee merupakan pengarah bagi sebuah filem yang diberi tajuk ‘Babi’.

ADVERTISEMENT

Dengar tajuk pun dah kontroversial, kan? Kalau korang tengok poster filem ini pun, ada contengan di dinding tandas yang tulis ‘Melayu Bodoh’. Haa, sebab itulah Pemuda PN bersungguh suruh pihak polis untuk tangkap Namewee. Kalau dibiarkan, confirm akan undang kemarahan orang Melayu dan sentuh isu perkauman.

“Saya minta pihak polis mungkin boleh iringi dia dari luar negara, sekarang dia berada di Taiwan, kalau asyik duduk di sana, tak balik sini, tak bersemuka dengan kita, tidak bersemuka dengan orang Malaysia yang dia buat provokasi dan hinaan, macam mana kes ini nak selesai.” – kata ketua penerangannya, Zuan Azmi.

Tapi, betul ke dakwaan yang dibuat Pemuda? Jadi, ohmedia nak bawa korang untuk lihat pula dari side Namewee. Di Instagramnya semalam, Namewee telah tampil untuk beri penjelasan tentang filem ini. Kalau korang nak tahu, filem ini sebenarnya berkisarkan rusuhan yang berlaku di sebuah sekolah. Pelajar-pelajarnya yang berbilang kaum banyak terlibat dengan kumpulan gangster dan sering bertengkar.

Tujuan sebenar Namewee membuat filem ini adalah untuk sampaikan mesej tentang perpaduan dan toleransi antara kaum. Disebabkan ia adalah tentang konflik perkauman yang berlaku di sekolah tersebut, kalau ikut logik mestilah banyak contengan-contengan yang menghina di toilet, kan? Sebabnya Namewee cuba untuk tonjolkan kandungan filem tersebut serta realiti yang berlaku sekarang. Korang pun mesti dah biasakan tengok tulisan macam ni dekat toilet?

“Tujuan utama gunakan dinding ini adalah untuk menunjukkan isi kandungan filem ini.” – katanya.

Bahkan, bukan hanya ‘Melayu Bodoh’ yang tertulis, tetapi ada juga ‘Cina Babi’ dan ‘India Keling’ di dinding tersebut. Kata Namewee, kalau betul dia nak hina orang Melayu, kenapa dia perlu tulis juga hinaan untuk kaum lain. Lagi satu, kalau korang nak tahu, filem ini memang tak akan ditayangkan di mana-mana negara selain Taiwan, dan itu termasuk juga negara Malaysia.

Namewee juga sempat menegur sistem penapisan filem sekarang yang terlalu konservatif dan hanya mengangkat filem cinta, hantu dan genre yang dah biasa ditayangkan. Bila ada tajuk yang lain sikit dari kebiasaan, terus disekat. Macam mana filem negara kita nak berdiri sama tinggi dengan filem Korea dan filem international yang lain?

“Mereka (LPF) tidak dapat menerima tajuk kreatif lain dan mereka juga tak berani dalam menghadapi isu-isu perkauman ini atau tema yang realistik mengenai ciri-ciri buruk masyarakat. Dengan ada lembaga penapisan seperti ini, filem Malaysia tidak akan maju ke tahap bertaraf antarabangsa.” – tambahnya.

Kalau korang nak tahu, filem ‘Babi’ ini dah pun terima pencalonan dalam Festival Filem Antarabangsa di empat negara iaitu Thailand, Jerman, Taiwan dan Kanada. Namewee juga dicalonkan anugerah pengarah terbaik dan salah seorang pelakonnya, Aliff Haikal sebagai pelakon lelaki terbaik. Jadi, kalau betul filem ini tak bagus, kenapa sampai terpilih untuk dicalonkan?

Mengakhiri videonya, Namewee sempat memohon agar karya filem sebegini diberi peluang untuk diangkat di negara kita. Jangan nilai karya seni dari sudut politik dan sentimen perkauman. Dan ia turut dipersetujui oleh salah seorang pelakon, Syazwan Zulkifly. Katanya, bila kreativiti pengkarya asyik disekat, sebab itulah penonton terpaksa dihidangkan dengan benda yang sama.

Jadi, apa pula pendapat korang?

Kredit: MalaysiaGazette, Instagram Syazwan Zulkifly

Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media

Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas