
Trending
Gagal Patuhi Syarat Keselamatan, JPJ Bakal Seret Syarikat Bas Ke Mahkamah
Syarikat bas yang terbabit dalam kemalangan 15 pelajar UPSI bakal didakwa akibat gagal patuhi syarat keselamatan.
Menteri Pengangkutan Anthony Loke tampil memberi jaminan tindakan tegas akan diambil terhadap pengendali bas yang terbabit dalam nahas meragut 15 pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI).
BACA: Nahas Pelajar UPSI, Pemilik Syarikat Bas Akhirnya Muncul Beri Keterangan
Memetik laporan Harian Metro, Anthony berkata, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan membuka kertas siasatan dan mengheret pengendali bas ke muka pengadilan.
Katanya, meskipun pengendali bukanlah pemandu, tanggungjawab sebagai pemilik syarikat tetap tidak boleh dipandang ringan. Jika terbukti cuai, tindakan undang-undang akan diambil tanpa kompromi.
Gagal patuhi banyak syarat mandatori

Ketika meninjau lokasi kejadian dan kenderaan yang terlibat, Anthony Loke mendedahkan syarikat pengendali bas berkenaan langsung tidak mematuhi syarat Pemeriksaan dan Audit Keselamatan (JISA) yang diwajibkan oleh pihak berkuasa.
GPS tidak diaktifkan. Ketiga, had maksimum lapan jam pemanduan mesti dipatuhi oleh pemandu, dia (pemandu) tiada pemantauan daripada syarikat, keempat, keperluan waktu rehat 30 minit setiap empat jam pemanduan, GPS dipasang dalam semua kenderaan, keenam pula pelan tindakan kecemasan dan ketujuh, hotline syarikat disediakan. Kesemua komponen ini gagal dipatuhi.
Lebih mengejutkan, Loke berkata, kesemua tujuh komponen mandatori audit JISA, iaitu perlu ada penyelia keselamatan dalam syarikat dan sistem GPS bagi memantau kelajuan kenderaan tidak dipenuhi.
Pemilik syarikat sudah dirakam keterangan

Sementara itu, pemilik syarikat sudah tampil memberi keterangan sekitar jam 10.30 malam semalam. Pihak polis akan membuat siasatan lanjut bagi mengenal pasti punca sebenar kejadian dan menentukan bentuk tindakan yang sewajarnya terhadap syarikat terbabit.
Meskipun pengendali bukanlah pemandu, tanggungjawab sebagai pemilik syarikat tetap tidak boleh dipandang ringan. Jika terbukti cuai, tindakan undang-undang akan diambil tanpa kompromi.
Pssttt! Kepatuhan terhadap prosedur keselamatan bukan sekadar syarat di atas kertas, tetapi tanggungjawab besar demi nyawa manusia.
Kredit: Harian Metro
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
