Connect with us
ika nabella

Oh! Artis

Duit Ika Nabella Melayang Kena Scam, Beg Bottega Tak Dapat

Baru-baru ini, pelakon Ika Nabella telah ditipu oleh seorang personal shopper yang mendakwa dirinya menjual barangan jenama mewah di Instagram.

Susulan dari perkara itu, Ika terpaksa menanggung kerugian sebanyak RM7,600 yang sudah dipindahkan ke akaun penjual berkenaan pada 2 Ogos lalu.

IKLAN

Ika Nabella

Saya beli sebab dia ada stok beg tangan yang saya mahukan.

Transaksi sebanyak RM7,600 dibuat Rabu lepas dan katanya akan maklumkan nombor penghantaran. Malangnya sehingga ke hari ini (Ahad) tiada respon.

Saya cuba hubungi menggunakan nombor berbeza dua hari kemudian dan dia balas dengan cepat.

Malah, Ika atau nama sebenarnya Nabila Abdul Rahim menyatakan dia sudah pun membuat laporan polis berhubung kejadian itu dan mereka sedang berusaha menjejaki personal shopper berkenaan.

ika nabella

Laporan polis telah dibuat dan kami sedang mencari individu ini. Suka hati scam duit orang lepas itu hilangkan diri.

Dalam pada itu, aktres itu meluahkan rasa kesal kerana mudah percaya kepada individu yang tidak dikenali sehingga menjadi mangsa penipuan.

Pengikutnya ramai tapi rupanya scammer. Dia telah hapuskan Instagram atau menukar nama profil… Dia juga sudah padam WhatsApp.

Tambahan, Ika juga menasihatkan orang ramai supaya tidak mudah terpedaya dengan peniaga tanpa menyiasat asal usul sebelum termasuk dalam perangkap mereka.

Sebelum ini saya hanya akan beli di butik atau personal shopper yang pernah saya jumpa tapi kadang-kala kita sebagai pembeli pun buat silap.

Ini pengajaran supaya saya tidak lagi mudah percaya dan beli barang tanpa soal selidik.

BACA: Isteri Pemain Bola Sepak Tempatan Tak Serik ‘Scam’ Orang Ramai Jual Cermin

Terdahulu, isteri pemain bola sepak tempatan pernah menipu orang ramai dengan kerja penipuan jual beli di atas talian iaitu menjual cermin sehingga ramai menjadi mangsa penipuannya.

Kredit: Instagram Ika Nabella

+ Baca respon pembca di Facebook dan Telegram Oh! Media.


Hai semua! Saya penulis separuh masa di Oh! Media berkaitan isu-isu trending dan hiburan.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Trending Bulan Ini

Ohmedia Banner
Ke Atas