Connect with us

Oh! Media

Isteri Pemain Bola Sepak Tempatan Tak Serik ‘Scam’ Orang Ramai Jual Cermin

2dc8f33a 4860 44b1 80ad b45fed508f6d

Oh! Tidak

Isteri Pemain Bola Sepak Tempatan Tak Serik ‘Scam’ Orang Ramai Jual Cermin

Baru-baru ini, tular satu video di media sosial berkenaan kisah seorang wanita yang merupakan isteri kepada pemain bola sepak di pantai timur yang didakwa selalu melakukan kerja penipuan jual beli di atas talian.

Difahamkan, wanita berkenaan kembali melakukan ‘scam’ yang sebelum ini pernah dilakukannya iaitu menjual perabot dengan harga sekitar RM300 dengan syarat ‘siapa cepat dia dapat’.

IKLAN

Walau bagaimanapun, sebelum ini isteri kepada pemain bola sepak itu pernah ‘kantoi’ dan tidak pernah membayar balik duit hasil penipuan ‘scam’ daripada orang ramai itu.

Bukan itu sahaja, wanita itu juga tidak pernah menyesal dengan perbuatannya dan tidak endahkan tindakan undang-undang yang ada.

Wanita berkenaan kali ini cuba menjual meja solek yang sebenarnya diambil foto daripada Google semata-mata.

Susulan itu, seorang individu telah mendedahkan tindakan wanita itu di Twitter dan telah meraih perhatian netizen terutamanya mangsa penipuan jual beli sebelum ini.

Malah, netizen turut berharap wanita itu dan suaminya dikenakan tindakan undang-undang sewajarnya kerana sudah ramai tertipu dengan penipuannya.

Kredit: Twitter

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Nini Hashim
Nini Hashim, bekas penulis separuh masa di Oh! Media, cemerlang dalam menghasilkan artikel berkaitan isu trending dan hiburan, menjadikan setiap penulisannya segar dan menghiburkan pembaca.

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

Ke Atas