Connect with us

Oh! Media

Diana Danielle Harap Perceraiannya Bersama Farid Kamil Berakhir Dengan Aman

Ohmedia diana Danielle

Oh! Artis

Diana Danielle Harap Perceraiannya Bersama Farid Kamil Berakhir Dengan Aman

Pelakon Diana Danielle berharap kemelut rumah tangga bersama suaminya, Farid Kamil berakhir secara baik.

Menurut Diana, dia mahu mengekalkan hubungan yang baik dengan Farid sekiranya mereka berpisah nanti.

Saya nak pengakhiran yang aman dan baik untuk kami kekal hubungan baik demi anak-anak, demi silaturrahim kami.

Saya doa kami capai kata sepakat. Ending yang baik, doakan.

Saya akan lega kalau betul-betul berakhir, sekarang ni saya masih dalam keadaan menunggu keputusan dan Insya-Allah saya bersangka baik.

Diana yang ditemui ketika di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam pada pagi Selasa bagi mendengar keputusan kes Hadanah Interim ( hak penjagaan) kedua anaknya iaitu Muhammad dan Nur Aurora.

IKLAN

Sementara itu, Datuk Akberdin Abdul Kader iaitu peguam syarie yang mewakili Diana berkata pihaknya sudah berbincang dengan pihak defenden berkaitan segala perkara melibatkan penceraian pasangan ini.

Diana Danielle

BACA: Peminat Kata Diana Danielle Gembira Dapat Keluar Dari Hubungan Toksik Tapi Tak Salahkan Farid Kamil

Kami telah berbincang untuk keputusan permohonan inter-parte hak penjagaan anak-anak dan semua kes-kes yang berkaitan anak guam dengan Farid termasuk cerai.

Kita telah sediakan satu perjanjian penyelesaian buat kedua-dua pihak dan telah masukkan semua terma-terma untuk selesaikan kes ni secara menyeluruh.

Tambahan, Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam telah menetapkan semula pada 21 Ogos ini bagi merekod persetujuan yang dicapai.

Kredit: OhBulan!

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.


🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Nini Hashim
Nini Hashim, bekas penulis separuh masa di Oh! Media, cemerlang dalam menghasilkan artikel berkaitan isu trending dan hiburan, menjadikan setiap penulisannya segar dan menghiburkan pembaca.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas