Connect with us

Oh! Media

Dari Seteru Adik-Beradik Ke Opah Viral Menari Di Bazar, Iklan Raya 2023 Ni ‘Onz’ Teruk!

Trending

Dari Seteru Adik-Beradik Ke Opah Viral Menari Di Bazar, Iklan Raya 2023 Ni ‘Onz’ Teruk!

~Setahun hanya sekali, merayakan hari yang mulia ini~

Bila tiba Syawal, kita semua pastinya sangat sibuk. Sibuk mencari baju raya, sibuk nak mencuba resepi biskut raya, sibuk nak masak hidangan raya dan juga sibuk nak up-to-date dengan video-video raya viral.

ADVERTISEMENT

Mana tidaknya, musim inilah semua orang berlumba-lumba menghasilkan video raya terbaik yang sarat dengan mesej meraikan kemenangan umat Islam setelah sebulan berpuasa.

Korang tak perlu kalut nak search satu-satu video raya. Ini kami senaraikan video raya 2023 yang berjaya menarik perhatian Ohmedia.

Divatektif beraksi dalam Rahsia Gaya Raya

https://www.youtube.com/watch?v=YF_7Aw-0g0I

Rantai warisan keluarga hilang? Siapa agaknya SUSPEK sebenar? Dapat ke Fyna dan Ayda menyelesaikan misteri ini tanpa pertelingkahan dan seterusnya memenangi hati emak?

First time tengok kemunculan Fyna Jebat dalam iklan raya Watsons, tapi part Unik tu serius epik gila!

Ini Bukan Mak Kau Hijau, Tapi Mak Kau Tak Hijau!

Aduh macam-macam jadi bila orang bandar balik kampung semua kalau boleh nak ‘dihijaukan’ sampaikan Mak Cik Khatijah pun pening!

Tapi apa yang nak dihijaukan sangat oleh anak menantu dia ni? Nak tahu definisi Raya Hijau Gamuda Land? Tengoklah video ‘Mak, Kau Tak Hijau!’

Ni Bukan Video Raya Cliche

Asal video raya je nak kena sedih, asal video rasa je nak throwback. Tapi video Vochelle tahun ni lain sikit, siap promote suruh makan coklat kalau nak menang tiket pelancongan ke Cappadocia naik belon udara panas. Ini sangat rare!!

Nak tau macam mana nak menang? Tengoklah video ni sampai habis okay!

Hubungan renggang gara-gara internet? Sedihnya!

Kalau dulu main telefon bila balik kampung main phone mesti kena aim ‘budak bandar’ atau tak pandai bergaul. 

Tapi dah tahun 2023, orang kampung pun dah asyik dengan telefon pintar nak tengok resepi dan update video viral. Bila internet laju lagilah lajulah perhubungan, bila data Uncapped, satu keluarga dapat raya sakan! 

Sibuk nak viral sampai sanggup lukakan hati ayah? 

Syok kalau setiap kali buat live, beribu orang layan live kita. Kenapalah orang berusia ni susah sangat nak faham yang live di media sosial ni ‘tempat’ baru untuk meniaga.

Lepas tu, bila bertelingkah dia rasa paling betul dan nak menang sebab lagi makan garam katanya, tapi itulah, kadang-kadang bila kita rasa kita dah memiliki semuanya, bahagia tu bukan pada apa yang kita ada, tetapi siapa yang kita ada. 

Padu gandingan pelakon terkenal, Faizal Hussein dan Fimie Don dalam Manih-Manih Podeh, tangkap jiwa betul!

Tak Perlu Semua Nak Adjust, Sempurna Itu Dalam Pelbagai Cara 

Apa definisi raya sempurna korang? Masuk rumah baru? Baju baru atau hidangan raya baru? Setiap dari kita mesti ada definisi raya tersendiri.

Tapi paling penting, lebaran akan lebih sempurna bila dapat bersama dengan keluarga yang dekat di hati. Macam keluarga Eco World! Sweetnya!

Sanggup Menari Depan Orang Demi Bahagiakan Cucu

Kalau korang tak sebak, korang memang legend. Mengisahkan pengorbanan Opah lakonan Fauziah Nawi yang membesarkan cucunya. Sanggup buang rasa malu, asalkan cucu bahagia. 

Part dia menari tu…. Weyh serius teringat mak kat kampung!

Lestari Raya bersama Abang Hero

Saban tahun, masalah pembaziran plastik menjadi semakin tidak terkawal. Bila pergi bazar bungkus makanan rasa macam over betul plastik yang diberikan.

Tapi tak perlu bimbang, Abang Hero ada untuk Lestari Raya tahun ni. Daripada bahan terbuang terus jadi berguna!

Jangan Tunggu Lama-Lama, Kalau Tak Jadi Macam Ali

Siapa kat sini jenis suka buat kerja last minit? Angkat tangan! Haa,korang sama je macam Ali. Semua benda mesti kena remind awal. Last sekali, semua benda tak jadi! Tahun ni rasanya dapat tak Si Ali kotakan janji dengan famili dan bestie? 

Check out iklan ni!

Raya Kena Serba Baru, Barulah Meriah!

Lah, baru tahu rupanya Wani dengan Ara ni bergaduh dari tadika! Walaupun nampak happy dekat sosial media, rupanya sama-sama tengah bersaing. Hmm fakenya!

Haa, tapi kalau bersaing untuk benda yang baik, bagus jugak kan? Mana tahu dari perselisihan faham wujud rasa kemaafan dalam diri masing-masing! Nak tahu apa yang diorang sibuk sangat nak bersaing tu? Kena lah tengok iklan raya MR. DIY!

Epik Weyh, P.E.R.I.T Betul Raya!

Fuiyoo, epik gila iklan Julie’s tahun ni! Min ingatkan iklan ‘omputih’ tadi! Timah pun tak kurang hebat juga. Sejak berpisah dengan suami, macam-macam dia plan untuk pulang beraya sebab tak nak jumpa dengan bekas suami dan layan mulut orang. Pening kepala! 

Tapi tahun ni, Timah and the geng rancang ada rancangan, diorang tutup bulan! Weyh!!!!!

Excited Nak Jumpa Sepupu Tapi Dia Pula….

Susah jugak bila tak sekepala dengan sepupu kan? Tak boleh nak enjoy bila tiba nak beraya di kampung.

Haa, tapi kena lah pandai mulakan langkah untuk eratkan lagi hubungan yang dah lama tak terjalin tu. Contohnya macam kongsi sesuatu kemanisan bersama-sama. Confirm dia tak reject!

Larangan Orang Dulu Ada Maksud Tersirat? Baru Tau!

Mak-mak Asia ni memang tak lari dari pantang larang kan? Nak menyanyi dekat dapur tak boleh, nak duduk atas bantal pun kena marah dan macam-macam lagi!

Fuh, 1001 larangan! Tapi korang tahu tak, sebenarnya ada maksud lain dalam setiap apa yang dilarang! Paling best, budak zaman sekarang pun boleh relate!

Bila Dah Duduk Jauh Baru Rindu Masakan Mak. Samalah Kita!

Haih, dah berapa kali dah ni min asyik kesat air mata. Begitulah pengorbanan bila dah duduk jauh. Rindu betul masakan mak sama macam Azhar. Nak balik ke kampung, tiket pula mahal!

Eh, tapi, kenapa Azhar tiba-tiba tarik beg roda tu? Dapat naik bas PERCUMA ke? Kena tengok ni!

Setia Dengan Tradisi Yang Beri Kebaikan Pada Orang Lain

Stress bila hari-hari kena siapkan tempahan tanpa upah ni. Alasannya demi nak teruskan tradisi keluarga.

Tapi waktu macam inilah kita baru tahu kebaikan tu tak semestinya dalam bentuk wang ringgit sahaja, macam amalan tradisi keluarga Nana! Bagus betul!

Kelas Kau, Mama K Gitu!

Sebenarnya, nak cipta kasih sayang dan momen bahagia tu senang je. Korang pun boleh jadi Mama K dalam keluarga. Tak perlu berhabis duit untuk bahagia.

Cukup jaga perut, confirm satu rumah gembira! So, siapa Mama K korang?

Prepare Balik Raya Dengan Ayam 8LADA

Dah get ready nak menempuh jem balik raya nanti? Sebelum nak balik kampung tu, periksa semua benda dalu. Bila dah selamat baru lah boleh teruskan perjalanan.

Paling penting, beli dahulu makanan berbuka puasa siap-siap! Macam Ayam 8LADA! Dengan rasa yang unik dari 8 jenis perapan lada, Confirm lagi segar nak bawa kereta!

Maksimumkan Raya Dengan IPC!

Kelengkapan raya tak settle lagi? Sempat lagi ke nak settlekan semua benda? Haa, jangan risau gais! IPC Shopping Centre kan ada! Dari hujung rambut sampai hujung kaki semua boleh settle dalam masa sehari! 

Sekarang ni tengah ada banyak sales kaw-kaw. Jom shopping last minit!

Lagi seteru adik-beradik nak jadi nak ambil hati mak!

https://www.youtube.com/watch?v=gIZZCEsh0hY&ab_channel=ManjakuBabyMall

Adik-beradik perempuan ni kadang-kadang unik sangat. Mesti ada je rasa tak puas hati antara satu sama lain. Kalau boleh nak jadi yang paling hebat depan mata mak.

Macam famili ni juga, tension betul nak jadi bagus. Tapi ingat seteru macam mana pun, hari raya ni ambil peluang untuk bermaaf-maafan dan mengeratkan hubungan silaturahim.

Okaylah korang, ni beberapa list iklan raya yang kami sempat tengok, kalau korang rasa ada video raya lagi best, boleh kongsikan dekat ruangan komen ya.

Di kesempatan ini, Ohmedia ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin.

Hati-hati pulang beraya…

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas