Connect with us
Isteri Ippo Hafiz

Trending

“Come On Bro, Dengan Mentua Sendiri Pun Tak Hormat..” – Isteri Persoal Kenapa Ippo Hafiz Nak Berdamai Pula?

Sebelum ini penyanyi dan komposer, Ippo Hafiz telah memfailkan tuntutan nusyuz terhadap Fara Roslan selepas mendakwa isterinya itu tidak pulang ke rumah mereka sejak November tahun lepas.

BACAPernah Fail Nusyuz Terhadap Isteri, Kakak Rayu Ippo Hafiz Pulangkan Anak Kepada Ibu Kandung

IKLAN

Terbaru! Isteri kepada penyanyi itu mendedahkan yang Ippo Hafiz mahu menjalani proses Jawatankuasa Pendamai pula selepas memfailkan tuntutan nusyuz sebelum ini.

Menerusi IG Story, Fara yang hadir ke mahkamah sambil ditemani bapanya mempersoalkan tindakan penyanyi itu yang didakwa hendak berdamai.

Fara juga mendedahkan yang suaminya itu tidak menghormati kedua ibu bapanya selain bermusuh dengan keluarganya yang lain. 

Terima kasih Papa teman hari ni. Bodyguard sampai mati saya. Nak proses pendamai? Come on bro, dengan mentua sendiri pun tak hormat ada hati nak berdamai. Depan mata pun tak salam mentua.

Kamu berdamai lah dengan diri sendiri. Masa baik siapa yang layan kamu kalau bukan mak ayah saya. Kamu buat musuh dengan satu keluarga saya jadi macam mana nak berdamai?

Saya masih ada mak ayah ingat tu! Mak ayah saya dah cukup rasa kecewa dengan apa yang berlaku sekarang.

Isteri Ippo Hafiz

Jap!


Penulis sepenuh masa di Oh! Media. Skop penulisan merangkumi segala aspek terkini & viral.

Lagi dalam kategori Trending

Trending Bulan Ini

Ohmedia Banner
Ke Atas