Connect with us

Oh! Media

“Biar Tak Berebut Harta” – Viral Kubur Ibu Di Halaman Rumah, Pemuda Ini Dipuji

Trending

“Biar Tak Berebut Harta” – Viral Kubur Ibu Di Halaman Rumah, Pemuda Ini Dipuji

Di TikTok, viral rakaman video menunjukkan seorang pemuda sedang membersihkan kubur ibu yang terletak di halaman rumah. Baru sehari dimuat naik, perkongsian tersebut telah mendapat 1.6juta tontonan.

ADVERTISEMENT

BACA: Mimpi Isteri Menangis Minta ‘Dilepas’, Lelaki Nekad Gali Semula Kubur

Kejadian yang dipercayai berlaku di Indonesia itu merakamkan pemuda berkenaan membersihkan kawasan kubur yang telah diletakkan batu nisan. Dia kemudiannya memenuhi pusara allahyarham ibu dengan rumput hijau segar. Di atasnya pula ditabur bunga-bungaan berwarna putih dan merah jambu.

kubur

Walaupun hanya menyertakan kapsyen ringkas “mungkin ini caraku”, ruangan perkongsian di akaun TikTok @adhefin itu menerima pelbagai reaksi daripada netizen Indonesia. Apatah lagi apabila dia dilihat berpakaian rapi mengenakan tshirt, kain pelikat dan bersongkok membacakan surah Yasin buat allahyarham ibu.

https://www.tiktok.com/@adhefin/video/7002248036588014874?is_copy_url=1&is_from_webapp=v1

Memetik laporan suara.com, menguburkan jenazah di halaman rumah sememangnya jarang sekali dilakukan masyarakat Indonesia. Namun, pemuda ini mengakui tindakannya itu adalah bentuk kasih sayang kepada ibunya.

Meskipun sedikit pelik, namun netizen menganggap cara itu dapat menghindarkan ahli keluarga daripada berebut harta peninggalan ibu bapa. Menurut mereka, proses menjual rumah pasti akan sukar apabila wujud kubur di halaman itu.

kubur
pusara
tiktok

Sementara itu, ada yang melihatnya sebagai peluang untuk ahli keluarga sentiasa mengunjungi pusara dengan mudah.

Kredit: TikTok @adhefin

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Penulis sepenuh masa di Oh! Media berkaitan isu viral dan trending di media sosial.

Lagi dalam kategori Trending

30 Hari Paling Trending

To Top