Connect with us

Oh! Media

Mimpi Isteri Menangis Minta ‘Dilepas’, Lelaki Nekad Gali Semula Kubur

Trending

Mimpi Isteri Menangis Minta ‘Dilepas’, Lelaki Nekad Gali Semula Kubur

Gara-gara terlupa buka ikatan jenazah, kubur seorang wanita berusia 54 tahun di Kampung Bulusan, Karangdowo, Klaten, Jawa Tengah Indonesia digali semula selepas tujuh hari dikebumikan di atas permintaan keluarga.

ADVERTISEMENT

Memetik laporan solopos.com, suami mendakwa tidurnya tidak tenang dan sentiasa didatangi isteri seakan meminta bantuan. Malah, salah seorang keluarga terdekat turut bermimpi perkara yang sama menyebabkan mereka nekad untuk menggali semula kubur tersebut.

kubur digali semula

Mendiang sering menangis minta dilepas. Sehingga ahli keluarga melaporkan kepada pihak berkuasa meminta kebenaran menggali semula kubur.

Ketua Hubungan Masyarakat Desa Bulusan, Kecamatan Karangdowo, Heri Purwoko berkata proses menggali semula kubur tidak melibatkan petugas kesihatan kerana mangsa meninggal dunia akibat serangan jantung bukan Covid-19.

Setelah diperiksa, ternyata talinya memang belum dibuka. Selepas dibuka, jenazah segera dikebumikan.

Menurut Heri, ini merupakan kejadian kali kedua dalam masa lima tahun kebelakangan ini. Sebelum ini, pernah juga kubur di kawasan itu digali semula kerana tersalah posisi.

Difahamkan, jenazah yang dihantar dari sebuah hospital di Bogor itu segera dikebumikan sebaik sahaja tiba di tanah perkuburan. Saat dikebumi, pasukan sukarelawan dilaporkan tidak membuka peti jenazah tersebut.

Kredit: solopos.com

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas