Connect with us

Oh! Media

“Takde Siapa-Siapa Boleh Guna Harimau Menangis” – Aunty Tini

Aunty Tini

Trending

“Takde Siapa-Siapa Boleh Guna Harimau Menangis” – Aunty Tini

Korang tahu tak, dekat lembu ada satu bahagian yang berdekatan dengan bahagian daging batang pinang, yang kita panggil sebagai daging harimau menangis. Haa, bahagian tu adalah yang paling lembut dan mudah empuk bila dimasak!

Semalam, kecoh dekat media sosial bila ibu kepada Neelofa, Noor Kartini Noor Mohamed claim yang dia dah trademark nama ‘Harimau Menangis’. Trademark ni kira macam nama atau brand yang kita guna untuk bezakan produk kita dengan produk yang lain dalam perniagaan. Aunty Tini siap buat permohonan dari Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO) tau untuk jadikan trademark.

https://twitter.com/BafouraBakery/status/1349028457729060870
137263391 170211071518826 4144935170175600758 n

Sebelum ni pun, jenama macam Shell Out oleh Yap Hong Liang pernah mohon trademark dari MyIPO dan dah pun diluluskan. Jadi sekarang kalau ada kedai lain yang guna nama Shell Out, company tersebut ada hak untuk halang dan ambil tindakan undang-undang kerana digunakan tanpa kebenaran.

IKLAN

Brand ni kita dah trademark tau, harimau menangis, brand aunty Tini. Jadi takde siapa-siapa boleh guna harimau menangis. Letaklah harimau mengilai ke, harimau beranak ke, harimau kentut ke. Tapi, bukan harimau menangis.”

Macam kes yang ini, awal-awal memang aunty Tini yang keluarkan produk nama ‘Daging Harimau Menangis’. Tapi lama kelamaan, adalah produk produk lain yang ikut sama guna nama harimau menangis. Yelah, dah memang itu yang kita panggil untuk bahagian lembu tu, kan? Jadi, netizen pun tak puas hati lah bila aunty Tini larang orang lain untuk guna nama yang sama.

138352224 400436941044171 153561540198327330 n
138814400 442395350127737 5495631306763716141 n

Tapi kalau tengok betul-betul dekat butiran permohonan aunty Tini, dia macam patternkan style tulisan atau logo yang dia guna pada bungkusan. Mana taknya, kalau kita tengok produk lain yang keluar pun, ada yang tiru bulat-bulat dari segi packaging dan gaya tulisan. Mungkin sebab itulah aunty Tini tak puas hati dan claim itu trademark company dia.

137596308 164066378445888 9000501643557935377 n
137526682 409478870168617 8971294053180695927 n
137651612 456405312185380 6063108852021214478 n

Apapun, ohmedia harap isu ini dapatlah diselesaikan secara baik. Nama harimau menangis itu pun orang lain dah guna lama. Jadi tak sedap pula kalau tak benarkan orang lain pakai. Lainlah kalau nama yang tak pernah orang dengar macam Daging Harimau Menangilicous ke, mungkin boleh claim trademark.

Kredit: Twitter

Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Arini Saleh
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.
Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas