Connect with us

Oh! Media

Akaun Media Sosial Milik Ibu Arwah Zayn Rayyan Sudah ‘Hilang’?

zayn rayyan

Trending

Akaun Media Sosial Milik Ibu Arwah Zayn Rayyan Sudah ‘Hilang’?

Ketika ini seluruh rakyat Malaysia yang mengikut perkembangan kes pembunuhan adik Zayn Rayyan masih terkejut dengan penahanan reman 7 hari iaitu ibu bapa kepada anak autistik ini.

ADVERTISEMENT

BACA: Petunjuk Baru Buatkan Ibu Bapa Kandung Zayn Rayyan Direman Sampai 7 Hari

Penahanan mereka berdua dilakukan pihak polis bagi membantu siasatan selepas menjumpai petunjuk baharu yang masih belum didedahkan.

Bagaimanapun, hasil pemeriksaan kami, akaun Instagram dan TikTok milik ibu Zayn, Ismanira Abdul Manaf turut sudah ditutup sebaik sahaja penangkapan dilakukan.

Sebelum ini, Ismanira selalu berkongsi luahan hatinya yang merindui anaknya termasuk kerap melawat kubur Allahyarham.

Pasangan ini juga pernah menarik perhatian netizen apabila menyambut hari jadi arwah Zayn yang ke-7 di pusaranya pada bulan Febuari lepas.

Setakat ini, kita masih menantikan maklumat lanjut dari pihak polis berhubung kes. Apa yang kita tahu, mereka berdua kini sedang disiasat dibawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas