Connect with us

Oh! Media

3 Individu Menyamar Jadi Polis Untuk Cubaan Samun, Gigih Pegang ‘Siren’ Letak Atas Kereta

Trending

3 Individu Menyamar Jadi Polis Untuk Cubaan Samun, Gigih Pegang ‘Siren’ Letak Atas Kereta

Tular satu video menunjukkan sebuah kereta jenis Honda City lama berwarna ‘silver’ menyamar jadi polis sedang mengejar sebuah kereta lain di jalan raya.

ADVERTISEMENT

Kalau korang tengok video tu, terdapat tiga lelaki yang berada di dalam kereta Honda itu memakai ‘vest’ polis.

@hmetromy

Polis giat mengesan sekumpulan lelaki yang menyamar sebagai polis dalam cubaan menahan sebuah kenderaan di KM 41.5 Lebuhraya Utara- Selatan menghala ke utara. #beritatiktok #polis #menyamar

♬ original sound – Harian Metro – Harian Metro

Ketiga-tiga mereka dipercayai menyamar sebagai polis untuk merompak dan menyamun kereta si perakam. Bahaya gila!

Bukan tu jer, salah seorang antara mereka yang duduk disebelah pemandu gigih memegang siren dan letakkannya diatas kereta. Konon terpaling polis lah tu.

Kalau korang tengok ruangan komen, ramai yang berasa takut dengan kejadian seperti itu.

Kalau la orang tak tahu. Mesti takut dan berhenti. Bahayanya.

Tak penat ke pegang lampu tu?

Lampu suluh kebun durian mana dia curi tu?

Bayangkanlah kalau ada individu yang benar-benar ingatkan mereka ni polis dan berhentikan kenderaan? Allahu, semoga dijauhkan dari kita semua.

Kredit: Tiktok

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas