Connect with us

Oh! Media

Wanita Dirogol Lelaki Menyamar ‘Pegawai Imigresen’, Konon Cek Permit Tapi Dibawa Ke Hotel

Trending

Wanita Dirogol Lelaki Menyamar ‘Pegawai Imigresen’, Konon Cek Permit Tapi Dibawa Ke Hotel

Terdapat satu kejadian dimana seorang wanita disamun dan diperkosa seorang lelaki yang menyamar sebagai ‘pegawai imegresen’ kelmarin.

ADVERTISEMENT

BACA : Remaja Perempuan Dicekup Bersama Tiga Lelaki Di Bilik, Kantoi Kond*m Dah Guna Dalam Tong Sampah

Menurut laporan Harian Metro, wanita yang merupakan warga Indonesia itu dalam perjalanan ke tempat kerja di Pandan Indah bersama rakannya pada jam 6.50 pagi.

Kedua-dua mereka telah disamun dengan jumlah lebih dari RM4,000 dan perkara ini dikatakan sendiri  Ketua Polis Daerah Ampang Jaya Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak.

Suspek yang menyamar sebagai ‘pegawai imegresen’ itu mendekati kedua-dua mangsa dengan sebuah kereta dan memberitahu ingin membuat pemeriksaan pasport dan permit kerja. Lepas tu, mereka meminta mangsa untuk menaiki kereta.

Ketika dalam perjalanan, suspek mengambil barang kemas dan wang tunai milik mangsa. Mangsa dibawa ke kawasan Serdang dan ditinggalkan di tepi jalan manakala rakannya dibawa ke sebuah hotel di Balakong sebelum dirogol.

Selepas melakukan perkara terkutuk itu, suspek kemudiannya meninggalkan mangsa di tepi jalan.

Mangsa tampil membuat laporan polis dan rakannya yang dirogol turut membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang.

Polis telah berjaya mengesan dua orang suspek di sebuah rumah di Jasin, Melaka pada awal pagi tadi dan turut merampas tunai, barang kemas, kenderaan dan pakaian digunakan suspek ketika kejadian.

Semakan mendapati suspek pertama berusia 40 tahun mempunyai 18 rekod jenayah lampau termasuk tiga rekod dikehendaki bagi kes dadah manakala suspek kedua mempunyai 13 rekod lampau termasuk satu dikehendaki.

Kedua-dua suspek akan dibawa ke Mahkamah Ampang pagi ini bagi permohonan reman dan siasatan lanjut dan kes disiasat mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan dan Seksyen 170 kanun sama.

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas