Connect with us

Oh! Media

arab

Oh! Tidak

Wakil Kedai Manisan Arab Viral Tampil Pertahankan Diri, Dakwa Difitnah Ustaz

Kalau korang ada pergi Bukit Bintang baru-baru ni mesti perasan ada satu kedai manisan Arab dekat betul-betul depan pintu masuk Lot 10 nama Zaitoun. Ohmedia hari tu perasan juga dan meriah betul weh! Siap ada muzik dan staf Zaitoun pun menari-nari depan kedai hiburkan orang ramai yang lalu lalang dekat situ.

BACA: Kedai Manisan Arab Di Bukit Bintang Rupanya Beroperasi Tanpa Lesen, Permit

IKLAN

Apapun, itu semua tak bertahan lama selepas ada pihak yang buat laporan dan mendapati premis ni tidak ada lesen yang sah daripada DBKL. Pihak DBKL dalam satu perkongsian di Facebook juga dah sahkan perkara ni dan menyita premis terbabit selepas mendapati mereka hanya ada lesen hiburan semasa (Promosi Luar Bangunan).

arab

Aktivis masyarakat serbu dahulu sebelum DBKL datang sita…

Bagaimanapun, sebelum pihak DBKL melakukan operasi, tersebar di TikTok satu video menunjukkan sekumpulan lelaki yang dipercayai dari aktivis masyarakat yang dipimpin Sophian Mohd Zain telah mempersoal keberadaan premis ini.

Sekarang, salah seorang pekerja kedai manisan juga tampil memberikan penjelasan di mana dia berasal dari Syria dan sudahpun berkahwin dengan orang tempatan. Penjelasan ini diberikannya sebagai alasan dirinya dan rakan-rakan ada hak untuk berniaga di Malaysia.

Haritu dia datang empat orang, Dia tanya berasal dari mana. Kami jawab dari Syria. Kemudian, dia beritahu warga asing tidak boleh berniaga di sini. Dia kata pemilik tiada lesen. Kalau tiada lesen, macam mana dia (pemilik) boleh buka premis di situ. Betul?

Dia siap tanya, ada premit ke tak? Visa mana? Sedangkan dia tidak ada hak untuk tanya semua itu. Saya ada visa dan saya berkahwin dengan orang sini, mempunyai dua orang anak.

Kredit: TikTok

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.


Sayalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang selalu temani awak di saat susah nak tidur tu. Nak tahu apa yang terkini dan viral boleh cari nama abang ok!

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

Ke Atas