Connect with us

Oh! Media

(VIDEO) Pintu Bergegar Sendiri Setiap Kali Tutup, 3 Beradik Akui Alami Kejadian Aneh

Trending

(VIDEO) Pintu Bergegar Sendiri Setiap Kali Tutup, 3 Beradik Akui Alami Kejadian Aneh

Seperti yang kita ketahui, sebuah rumah yang tidak berpenghuni begitu lama kemungkinana akan didiami oleh sesuatu. Lebih-lebih lagi apabila kita tidak benar-benar tahu latar belakang rumah berkenaan dan berkemungkinan besar telah didiami oleh mahluk halus. Sebab itulah masyarakat yang beragama islam digalakkan untuk mengadakan bacaan Yassin agar ‘mereka’ tidak menganggu kita.

ADVERTISEMENT

Sama seperti keadaan itu, seorang pemuda telah berkongsikan sebuah kisah seram yang mana dia mendakwa telah diganggu oleh makhluk itu di rumah sewanya. Dia telah memuat naik sebuah video di aplikasi TikToknya memaparkan kejadian yang mana pintu bilik airnya yang bergegar sendiri apabila ditutup.

Berdasarkan video yang dikongsi oleh pengguna bernama @darfizz_ itu, kejadian itu telah dirakam oleh abangnya yang baru pulang pada pukul 11.30 malam. Rakaman itu juga menunjukkan pintu bilik air jenis sliding itu bergegar seakan-akan seseorang menolaknya dengan keras apabila ditutup.

Memetik laporan Mstar, menurut salah seorang daripada tiga beradik itu yang bernama Muhd Hafiz Fadli Salimin, 24, mengatakan bahawa dia tinggal bersama abang serta kakaknya di sebuah rumah kira-kira 3 bulan lalu di Pahang.

Video itu dirakam oleh abang saya. Masa tu saya tiada rumah sebab pulang ke kampung. Sebelum ini saya dan kakak pernah diganggu seperti itu, namun tak sempat nak rakam.

Pernah pada bulan puasa, saya tinggal seorang. Tiba-tiba pintu tu bergegar semasa saya tengah makan. Nak kata hujan atau angin memang tak ada.

Menurut kakaknya pula yang bernama, Nurul Nabila, 28, dia juga turut berkongsi kisah seram yang mana dia pernah diperhatikan oleh ‘seseorang’ ketika berada di rumah tersebut, namun dia bersyukur tiada apa-apa yang berlaku.

Nabila juga menambah, rumah itu sebelum ini dipenuhi dengan lukisan dan patung. Oleh itu dia dan adik-adiknya bertindak mengemas serta mengecat dinding rumah itu semula.

Pada awalnya, kami hanya menganggap kejadian itu hanya lah perkara biasa, namun kejadian ini terus berlaku sehingga ke hari ini.

Mak saudara saya juga pernah tidur di sini di sebuah bilik berhampiran dengan tandas tersebut. Tiba-tiba dia beritahu ada ‘sesuatu’ di dalam rumah tersebut dan menyuruh kami memanggil ustaz.

Video yang dikongsikan itu setakat ini telah mendapat 1,500 lebih tanda suka serta 41,000 tontonan. Rata-rata netizen yang meninggalkan komen pula menganggap pintu tersebut ditolak disebabkan angin dan kenyataan itu dinafikan olehnya oleh kerana tiada angin dan hujan ketika kejadian itu berlaku.

https://www.tiktok.com/@darfizz_/video/6981098729570880794?lang=en&is_copy_url=0&is_from_webapp=v1&sender_device=pc&sender_web_id=6977593574082971138

Kredit: @darfizz_ , Mstar

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas