Connect with us

Oh! Media

(Video) Petinju Dari Thailand Meninggal Dunia, Terima Pukulan ‘Knockout’ Dari Petinju Malaysia

Petinju Thailand meninggal dunia

Trending

(Video) Petinju Dari Thailand Meninggal Dunia, Terima Pukulan ‘Knockout’ Dari Petinju Malaysia

Seorang petinju dari Thailand meninggal dunia semalam kerana mengalami pendarahan otak selepas menerima pukulan ‘knockout’ oleh petinju dari Malaysia. Pergh! Teruk kena tu..

ADVERTISEMENT

Menurut laporan Astro Awani, perkara ini terjadi ketika mangsa yang berusia 28 tahun itu menentang petinju dari Malaysia pada Kejohanan Muay Thai Ambang Merdeka 2022 yang berlangsung Padang Kolej Uniti Kota Bharu, Kampung Che Deris Badang pada Jumaat lepas.

Mangsa yang tidak sedarkan diri telah dibawa ke Klinik Kesihatan Badang semalam sebelum dikejarkan ke unit kecemasan HRPZ II (Hospital Raja Perempuan Zainab II) dan perkara ini dikatakan sendiri Pemangku Ketua Polis Kelantan Datuk Muhamad Zaki Harun.

Mayat petinju itu telah dibawa ke Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Rantau Panjang untuk diserahkan kepada waris pada hari yang sama.

Polis juga telah mengambil keterangan daripada pihak penganjur berhubung kes tersebut dan mendapati pihak terbabit mempunyai permit untuk menganjurkan kejohanan Muay Thai itu.

Kredit: Astro Awani

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas