Connect with us

Oh! Media

Tular Video Bergaduh Gara-Gara Tak Pakai Pelitup Muka

Cover Photo Om 1200 X 675 56

Trending

Tular Video Bergaduh Gara-Gara Tak Pakai Pelitup Muka

Baru-baru ini tular di media sosial video memaparkan seorang wanita bergaduh dengan pengawal keselamatan dipercayai kerana dilarang memasuki premis perniagaan.

BACA: Tular Video Individu Tanpa PPE Periksa Jenazah, Staff KKM Dedah Perkara Sebenar

Dalam video berdurasi 1 minit dan 17 saat itu, dia dipercayai diarah keluar pasar raya kerana tidak memakai pelitup muka. Kekecohan mula berlaku apabila wanita itu dan pengawal keselamatan memukul di antara satu sama lain.

IKLAN

Kejadian yang berlaku di sebuah pasar raya Seksyen 36, Shah Alam itu berjaya dirakam seorang pengunjung lain sebelum ianya tular di media sosial. Berdasarkan video rakaman, seorang pekerja wanita dan pengunjung lelaki dilihat cuba meleraikan pergaduhan yang tercetus.

Dalam video tular itu, perakam memaklumkan individu berkenaan melanggar prosedur operasi standard (SOP) iaitu tidak memakai pelitup muka. Malah, jelas kedengaran dia menjerit mahu membeli barang keperluan.

Bergaduh

Memetik laporan Harian Metro, Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Baharudin Mat Taib berkata, Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam atau balai lain masih belum menerima sebarang laporan mengenai video bergaduh yang tular.

Pergaduhan dipercayai disebabkan salah faham kerana wanita itu tidak memakai pelitup muka dan cuba ditahan oleh pengawal keselamatan.

Katanya lagi, kejadian itu dipercayai berlaku pada Ahad lalu kira-kira jam 2 petang.

Kredit: Harian Metro | Instagram Info.Semasa

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Arini Saleh
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas