Connect with us

Oh! Media

Tular Dakwaan Premis Letak ‘Harga Tindih’, KPDNHEP Tampil Beri Penjelasan

Trending

Tular Dakwaan Premis Letak ‘Harga Tindih’, KPDNHEP Tampil Beri Penjelasan

Baru-baru ini, tular sebuah dakwaan daripada seorang pelanggan wanita yang mendakwa dirinya hampir menjadi mangsa penipuan harga dari sebuah kedai kasut di pusat beli belah di Bayan Baru, Pulau Pinang.

ADVERTISEMENT

BACA: Selepas Siakap Dan Sotong, Kini Harga Hidangan Sayur Kailan Pula Tular

Menurut seorang pengguna yang enggan didedahkan identitinya, dia mendapati tanda harga pada sebotol penyegar kasut tersebut dilihat sedikit tebal.

Namun selepas diperiksa dan menanggalkan tanda harga tersebut, dia mendapati terdapat dua tanda harga yang berbeza sebelum bertindak memaklumkan kepada pihak kedai.

Menerusi tangkap layar itu, wanita berkenaan mendakwa harga asal barang tersebut didapati berharga RM16.99 sebelum ditindih dengan tanda harga yang jauh lebih mahal iaitu RM24.99.

Pihak KPDNHEP beri respon, akui mungkin berlaku kesilapan

Berhubung dengan kejadian itu, Pejabat Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Cawangan Timur Laut telah tampil memberikan respon balas.

Dalam satu kenyataannya baru-baru ini, pihaknya telah pun melakukan pemeriksaan pada premis itu pada hari ini selepas menerima aduan mengenai isu tersebut.

Hasil penelitian, pihaknya mendapati tiada pertindihan yang berlaku pada barang yang diadu iaitu SHOE DEO dan tanda harga juga dipamerkan dengan jelas.

Harga yang dipamerkan adalah RM16.99 dan peniaga memaklumkan mungkin berlaku kesilapan yang dilakukan oleh pekerja semasa proses meletakkan tanda harga.

Dilihat pada sistem komputer pula, barang tersebut masih memaparkan harga berjumlah RM16.99 dan pemeriksaan terhadap produk lain pula didapati tiada berlaku sebarang penindihan harga.

Bagaimanapun, pihaknya telah memberikan amaran kepada pengusaha premis tersebut agar berhati-hati dalam meletakkan tanda harga dan tindakan boleh dikenakan jika perkara sedemikian berulang.

Kredit: Kosmo!

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas