Connect with us

Oh! Media

Tular ‘Banjir Merah’ di Johor Bahru, Ketua Biro Komunikasi Pulai Tampil Beri Penjelasan

Trending

Tular ‘Banjir Merah’ di Johor Bahru, Ketua Biro Komunikasi Pulai Tampil Beri Penjelasan

Sebelum ini, Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menjangkakan negara akan mengalami ribut petir serta hujan lebat yang kerap oleh kerana berlaku peralihan monsun.

ADVERTISEMENT

BACA: Mangsa Banjir Terpaksa Mengemis Sambil Kendong Anak, Demi Sesuap Nasi

Perkara itu menyebabkan kawasan di sesetengah negeri mengalami banjir kilat dan menyebabkan ramai masyarakat terjejas akibat bencana alam itu.

Perkara sama turut berlaku di Johor Bahru, selepas lebih 1,600 orang di sekitar daerah itu terjejas selepas kediaman mereka dinaiki air.

Dilaporkan, beberapa pasukan bomba dari balai berhampiran digerakkan ke lokasi bagi tujuan pemantauan serta membantu penduduk setempat.

Tular kejadian ‘banjir merah’ di Johor Bahru

Namun, kejadian banjir kilat yang melanda salah satu kawasan di Johor Bahru iaitu Kampung Seri Jaya Baru, Tampi, telah mengejutkan orang ramai.

Hal itu kerana kadar air yang meningkat serta memasuki rumah penduduk kampung itu didapati bertukar dengan aliran air bewarna merah.

Sumber: Facebook

Fonomena aneh itu dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook bernama Maya Ali yang memuat naik gambar memaparkan rumahnya dipenuhi air bewarna merah.

Banjir Merah!!! Memang betul2 kejadian bukan mainan. Hujan lebat dari awal pagi tadi menyebabkan rumah kami dan penduduk sekampung mengalami banjir kilat.

Tak tau dari mana punca air merah ni. Mohon pihak berwajib dapat membuat siasatan.

Ketua Biro Komunikasi Parlimen Pulai tampil beri penjelasan

Ketua Biro Komunikasi Parlimen Pulai, Azmi Misni berkata, kejadian ‘banjir merah’ itu dipercayai berpunca daripada sebuah kilang testil.

Kilang tersebut yang berhampiran kampung berkenaan dikatakan telah ditutup sejak 10 tahun lalu, namun kejadian itu berpunca dari kilang berkenaan.

Kilang tekstil ini sudah lama tutup iaitu hampir 10 tahun macam itu, apabila kita pergi siasat warna itu didapati berpunca dari situ.

Kemungkinan tong mengandungi bahan pewarna merah terbalik dan tumpah sebab banjir sebab itu air bertukar warna.

Azmi yang merupakan bekas Ketua Kampung Pasir berkata, Jabatan Alam Sekitar (JAS) dan bomba telah melakukan pemeriksaan ke atas kilang tersebut.

Katanya, kerja-kerja membersihkan kesan tumpahan itu sedang giat dilakukan agar tiada sebarang kejadian tidak diingini berlaku.

Malah menurut sumber, kejadian banjir kilat di kampung berkenaan juga telah pulih selepas paras air di lokasi kejadian kembali surut.

Kredit: Kosmo! I Utusan Malaysia

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas