Connect with us

Oh! Media

Mangsa Banjir Terpaksa Mengemis Sambil Kendong Anak, Demi Sesuap Nasi

718ff2ab 260c 4acc 9874 a8ab1fe776e2

Oh! +

Mangsa Banjir Terpaksa Mengemis Sambil Kendong Anak, Demi Sesuap Nasi

Sudahlah menjadi mangsa banjir, kini mereka terpaksa mengemis pula demi sesuap nasi.

Itulah nasib yang sedang berlaku kepada kanak-kanak dan orang dewasa di Karawang, Jawa Barat yang terpaksa meminta sedekah untuk membeli makanan.

Menurut mereka, bantuan yang telah diterima daripada kerajaan tidak cukup buat menampung mereka sekeluarga.

IKLAN

Mereka dikatakan akan mengemis di tepi Jalan Ranggagede yang terletak tidak jauh dari kawasan penempatan mereka.

Sambil meminta belas kasihan orang awam, kanak-kanak yang berusia enam hingga sepuluh tahun itu juga turut membawa bekas plastik, tin dan kadbod sambil menghulurkannya kepada kenderaan yang melalui kawasan itu.

Selain kanak-kanak itu, lelaki dewasa yang turut mengendong anak yang masih kecil juga dilihat turut sama mengemis.

Ca70d162 e67f 420d a13f f5861429a41f

Seorang mangsa banjir dari Kampung Benteng, Asman, 43, berkata, walaupun ada bantuan makanan diterima, tetapi ia tidak cukup untuk mereka.

Katanya, dia bersama lagi 150 penduduk kampung itu sudah kehilangan penempatan akibat banjir pada, Jumaat minggu lepas.

Bencana itu juga telah menyebabkan paras air Sungai Citarum melimpah dan menjejaskan lebih 30 kampung di kawasan itu.

Kini lebih daripada 8,500 rumah telah ditenggelami air, manakala lebih 4,000 mangsa pula terpaksa tinggal di dalam khemah di tepi jalan.

Jangan pernah fikir kita susah, kerana diluar sana ada lagi yang lebih susah daripada kita. Doakan semoga urusan seharian mereka dipermudahankan. 

Kredit: Tribunnews

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Arini Saleh
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.
Comments

Lagi dalam kategori Oh! +

Ke Atas