Connect with us

Oh! Media

Terus Patuhi SOP, Ambil Vaksin Untuk Kurangkan Jangkitan Dan Kematian?

jangkitan dan kematian

Trending

Terus Patuhi SOP, Ambil Vaksin Untuk Kurangkan Jangkitan Dan Kematian?

Keadaan di negara kita sudah menunjukkan peningkatan kes positif Covid-19. Rakyat diminta untuk terus patuhi prosedur operasi standard (SOP) dan mengambil vaksin untuk mengurangkan jangkitan dan kematian.

ADVERTISEMENT

BACA: Kes Meningkat, Ramai Dari Golongan Tidak Divaksin Dan Komorbid?

Menerusi laporan Sinar Harian, Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menyatakan dengan pengambilan suntikan Covid-19, ia dapat membantu melindungi orang ramai dari kemungkinan dijangkiti Covid-19.

98 kes kategori tiga hingga lima

jangkitan dan kematian

Menurut Dr Noor Hisham, dengan imuniti kelompok yang terbentuk, kumpulan yang belum layak diberi imunisasi seperti kanak-kanak mampu mendapat perlindungan dari kita.

Sebanyak 6,380 kes positif Covid-19 dikesan pada khamis dan menjadikan jumlah keseluruhan mencecah 2,569,533 kes. Seramai 541 pesakit kini ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU) serta 263 kes memerlukan bantuan pernafasan.

Beliau juga menyatakan 88 varian baharu telah dikenal pasti dan kesemuanya membabitkan varian delta.

Daripada jumlah jangkitan baharu yang dilaporkan, terdapat 98 kes kategori tiga hingga lima manakala selebihnya, 6,282 kes ialah kategori satu dan dua.

Hari ini sembilan lagi pertambahan dan 5,621 kluster telah diisytiharkan tamat manakala 246 masih aktif.

Ini menjadikan jumlah kumulatif kes yang dijangkiti oleh virus SARS-CoV-2 dan dikategorikan sebagai varian membimbangkan (VOC) dan varian berkepentingan (VOI) ialah 3,918 kes.

Semoga negara kita dilindungi dari penularan Covid-19 yang lebih teruk. Dah lama rasanya tak dapat raya dekat kampung. Semoga tahun depan ada sinar harapan untuk kita balik raya.

Untuk yang belum ambil vaksin, cepat-cepat daftar dan ambil suntikan vaksin demi mengelakkan penularan jangkitan dan kematian! Sama-sama kita atasi penularan wabak covid-19.

Kredit: Sinar Harian

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas