Connect with us

Oh! Media

Terpedaya Kereta Murah, Pemandu Lori Rugi RM14,850

Oh! Tidak

Terpedaya Kereta Murah, Pemandu Lori Rugi RM14,850

Seorang lelaki yang merupakan pemandu lori terpaksa berputih mata akibat terpadaya dengan sebuah syarikat penjualan kereta murah di Facebook yang mengakibatkan dia mengalami kerugian sebanyak RM14,850 Januari yang lalu.

ADVERTISEMENT

Memetik laporan Berita Harian. mangsa yang berusia 56 tahun dikatakan ingin membeli sebuah kereta jenis Honda City dengan harga yang murah selepas rakannya memaklumkan mengenai penjualan kereta tersebut di Laman Facebook.

Kenderaan murah yang ditawarkan dipercayai dijual melalui laman Facebook milik Every Scrab Moto yang mana menawarkan harga serendah RM9,200.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Pahang, Superintendan Mohd Wazir Mohd Yusof berkata, mangsa menghubungi seorang lelaki dikenali sebagai Mr Yong bagi urusan pembelian kenderaan berkenaan dan menawarkan pemotongan harga kepadanya sempena Tahun Baru Cina.

Mangsa kemudian berminat membeli kereta ditawarkan dan suspek meminta mangsa menghubungi Mr Ong bagi urusan pembelian kenderaan berkenaan termasuk tempahan kereta, urusan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan sebagainya.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Pahang, Superintendan Mohd Wazir Mohd Yusof

Beliau berkata, mangsa membuat lapan transaksi ke tujuh akuan berbeza berjumlah RM14,850 pada 9 Februari hingga 30 April lalu.

Pada Ahad lalu, suspek sekali lagi menghantar satu pesanan menerusi aplikasi WhatsApp meminta wang RM1,000 bagi urusan penghantaran kereta. Bagaimanapun, mangsa tidak mempunyai wang untuk membuat pembayaran itu.

Mangsa terus disekat sejurus selepas bertanya kepada suspek berkenaan kereta yang dibeli.

Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu dan sabit kesalahan boleh dipenjara maksimum 10 tahun dan sebat serta boleh didenda.

Kredit: Berita Harian

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media

Comments

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

30 Hari Paling Trending

ohmedia telegram group
Ke Atas