Connect with us

Oh! Media

Lelaki Tikam Kawan Sendiri Sebab Datang Minta Hutang, Ini Apa yang Berlaku

Trending

Lelaki Tikam Kawan Sendiri Sebab Datang Minta Hutang, Ini Apa yang Berlaku

Masa nak meminjam punya manis berkata-kata dan berjanji, tapi bila ditanya soal hutang sampai kawan sendiri yang membantu pun sanggup dibunuh. Tapi ini apa yang berlaku..

ADVERTISEMENT

Seorang peniaga buah telah maut ditikam kawan sendiri ketika pergi meminta hutang.

Kejadian itu berlaku di sebuah bengkel kereta di Jalan Kampung Selamat, Setiawan hari ini yang berlaku kira-kira jam 12:50 tengah hari. Berlaku pergelutan kerana mangsa dikatakan datang dalam keadaan marah dan memukul suspek.

Ketua Polis Daerah Manjung ACP Nor Omar Sappi berkata bahawa mangsa berumur 42 tahun itu telah datang ke bengkel terbabit dan memukul suspek yang berusia 51 tahun.

Mangsa kemudian mengambil sebilah pisau di dalam bengkel sebelum berlaku pergelutan dengan suspek. Suspek berjaya merampas pisau itu dan menikam mangsa di bahagian leher dan perut sehingga menyebabkan rakannya mati di tempat kejadian

Setakat ini, tiga saksi sudah diambil keterangan termasuk suspek dan adik lelakinya yang ditahan untuk membantu siasatan, manakala anak lelaki mangsa juga telah diambil keterangan namun tidak ditahan. – Katanya.

Selepas kejadian itu, suspek dikatakan datang serahkan diri secara sukarela di Balai Polis pada jam 1:20 tengah hari dalam keadaan berlumuran darah dan memaklumkan apa yang terjadi.

Apapun, ada saksi kejadian dalam kes ini dan kita perlu menantikan siasatan penuh pihak polis. Pada waktu yang sukar ini, ramai yang menjadi kurang waras bila memikirkan soal duit dan diharapkan kita dapat mengawal emosi.

Kredit: BERNAMA

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media.

Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas