Connect with us

Oh! Media

Tergamak Buang Janin Bayi Dalam Mangkuk Tandas, Pasangan Kekasih Ditahan

menyamar polis

Trending

Tergamak Buang Janin Bayi Dalam Mangkuk Tandas, Pasangan Kekasih Ditahan

Sebelum ini kami melaporkan terdapat janin bayi lelaki yang cukup sifat ditemukan dalam mangkuk tandas di sebuah stesen minyak di Danau Kota, Setapak.

ADVERTISEMENT

BACA : Janin Bayi Lelaki Dibuang Dalam Mangkuk Tandas Di Stesen Minyak

Menurut laporan Kosmo, sepasang kekasih telah ditahan berkaitan kejadian yang berlaku pada Selasa lepas dan perkara ini dikatakan sendiri Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Superintendan Ashari Abu Samah.

Suspek lelaki telah ditahan di sebuah rumah sekitar daerah ini manakala wanita berkenaan telah ditahan di hospital ketika sedang menerima rawatan.

Wanita berkenaan telah mengalami pendarahan serius di pekarangan Hospital Tuanku Azizah, Kuala Lumpur. 

Mereka berdua yang berusia 27 tahun itu telah ditahan reman selama 3 hari dan kes disiasat di bawah Seksyen 318 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran dengan jalan membuang mayat dengan sulit.

Kesian dekat bayi tu. Pandai buat, pandailah tanggung akibatnya..

Kredit: Kosmo

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas