Connect with us

Oh! Media

“Tak Mampu Jangan Ajak Dating”- Gadis Ini Hampa Hanya Di Bawa Pergi ‘Drive-Thru’ Mekdi

dating

Oh! Tidak

“Tak Mampu Jangan Ajak Dating”- Gadis Ini Hampa Hanya Di Bawa Pergi ‘Drive-Thru’ Mekdi

Rasanya kebanyakkan anak muda ataupun individu yang baru mengenali seseorang pasti akan melalui fasa untuk keluar buat pertama kali atas tujuan untuk bertemu secara depan-depan dan mengenali lebih rapat.

ADVERTISEMENT

Ia boleh dikatakan sebagai satu proses yang penting sebelum beranjak ke fasa yang lain iaitu menjalin hubungan cinta.

Sudah semestinya jika baru pertama kali mahu berjumpa, tidak kira sama ada jejaka ataupun gadis, pasti akan berpakaian cantik untuk memberi pandangan terbaik buat pasangan dan tempat untuk ‘date’ pasti akan dipilih yang terbaik.

Bagaimanapun, video yang tular di TikTok baru-baru ini dan dimuat naik oleh seorang pengguna di Twitter memaparkan seorang gadis berkongsikan pengalaman ‘kecewanya’ keluar dengan seorang lelaki buat kali pertama.

Gadis itu meluahkan rasa hampa serta kecewa apabila sudah berpakaian cantik demi lelaki terbabit, namun hanya di bawa keluar makan secara ‘drive-thru’ sahaja.

Dia turut berkata seandainya tidak mampu ataupun tiada wang untuk bawa ke tempat yang ‘elok’, maka tidak perlu untuk mengajaknya keluar dating.

Meninjau di ruangan komen video asal berkenaan yang kini sudah pun dipadam oleh pengguna TikTok itu, rata-rata netizen meluahkan rasa berang terhadap perangai yang ditunjukkan oleh gadis terbabit.

komen tiktok

Malah, ada netizen turut sempat berkata bukannya lelaki terbabit tidak mahu bawa dia keluar makan ditempat yang lebih elok tetapi ‘malu’ untuk bawanya keluar dari kereta.

Kredit: Twitter

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

30 Hari Paling Trending

Ke Atas