Connect with us

Oh! Media

Oh! Tidak

Tahukah Anda? Tiada Lagi Tempat Selamat Di Gaza

Apa yang kita tahu tentang keadaan di Gaza, Palestin ketika ini? Apa yang pasti, tiada lagi tempat selamat untuk rakyat Palestin di sana.

Perkara itu turut diakui Pesuruhjaya Agensi Kerja dan Bantuan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian Palestin (UNRWA) Philippe Lazzarini. Beliau mengecam tanggapan tiada lagi zon selamat di sana.

IKLAN

BACA: “Ketakutan Terburuk Kami, Mimpi Ngeri Penduduk Gaza Nampaknya Jadi Kenyataan” – UNICEF

Zon selamat yang ditetapkan pendatang haram Israel palsu dan mengelirukan…

Pihak berkuasa Israel ketika ini terus mengeluarkan arahan perpindahan paksa yang dipanggila sebagai ‘perintah pemindahan’.

Ini memaksa penduduk di Rafah untuk lari ke mana-mana sahaja. Sejak perang bermula (7 Oktober), kebanyakan orang di Gaza telah berpindah beberapa kali secara purata sekali sebulan dan terdesak mencari keselamatan yang tidak pernah mereka temui.

Dakwaan zon selamat adalah palsu dan mengelirukan. Tiada tempat yang selamat di Gaza.

Setakat ini, pendatang haram Israel telah melancarkan serangan tanpa henti sepanjang tujuh bulan ini dan telah mengakibatkan hampir 35,000 penduduk Palestin terkorban.

Kredit: BuletinTV3

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

Trending Bulan Ini

Berita Trending Setiap Hari
Dihantar Terus Kepada Anda

Kami bantu himpunkan berita paling popular setiap hari dan dihantar ke emel anda secara percuma. Langgan'lah sekarang!

Kami tidak spam anda! Baca privacy policy kami.

Ohmedia Banner
Ke Atas