Connect with us

Oh! Media

Negara Pendatang Haram, Israel Diserang Penyakit ‘West Nile’, Ramai Mati

Wabak west nile israel ohmedia

Oh! Tidak

Negara Pendatang Haram, Israel Diserang Penyakit ‘West Nile’, Ramai Mati

12 lagi kematian akibat demam West Nile dilaporkan berlaku di negara pendatang haram Israel ketika ini. Ini menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 31 mati semenjak wabak itu menyerang pada Mei 2024.

Perkara itu disahkan Kementeri Kesihatan Negara Haram Israel di mana 49 kes baharu dikesan, menjadikan jumlah keseluruhan kes demam meningkat kepada 405, menghampiri rekod tertinggi tahunan sebanyak 425 kes pada tahun 2000.

Wabak datang dari nyamuk…

Kementerian menyifatkan morbiditi tinggi itu disebabkan oleh cuaca yang lebih panas dan lebih lembap di wilayah itu yang memudahkan nyamuk, perumah menghantar virus daripada burung melalui gigitan kepada manusia.

IKLAN

Laman web berita Israel Ynet pula melaporkan, kebanyakan individu yang dijangkiti adalah warga emas berumur 70 tahun ke atas, manakala kanak-kanak turut didiagnosis dengan virus itu.

Bagi mereka yang terkena jangkitan ini tidak menunjukkan apa-apa simptom yang luar biasa dan boleh dilihat sebagai demam biasa sahaja. Bagaimanapun, jika dijangkiti, boleh menyebabkan seseorang itu sakit teruk sehingga menjejaskan sistem pusat saraf.

Awal minggu ini, ketua pegawai veterinar Israel, Tamir Goshen, memberitahu, 159 ekor burung ditemui dijangkiti virus itu dalam dua bulan lepas, berbanding hanya tiga jangkitan dalam kalangan burung sepanjang 2023.

Wabak west nile israel ohmedia

Jap!


🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
M. Hafizal
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

Ke Atas