Connect with us

Oh! Media

Tergamak Bawa Isteri Orang Balik Rumah Ketika Isteri Sarat Mengandung

Oh! Tidak

Tergamak Bawa Isteri Orang Balik Rumah Ketika Isteri Sarat Mengandung

Peluang untuk curang memang boleh wujud dekat mana-mana saja. Tak kira lah di tempat kerja atau pun dalam kalangan kawan-kawan.

Di daerah Kulim hari ini kecoh bila penguatkuasa Pejabat Agama Daerah Kulim (PADK) buat serbuan di sebuah rumah di Taman Sungai Kob. PADK telah berjaya menjumpai sepasang kekasih yang keduanya dikatakan mengaku sudah berkahwin dan masing-masing berstatus suami dan isteri orang.

Penguat kuasa PADK, Anwar Shariffudin Mat Saad berkata, semasa pemeriksaan dilakukan pada jam 4.40 pagi, kedua-dua mereka yang berusia 29 dan 37 tahun itu dikatakan gagal menunjukkan sebarang dokumen yang membuktikan mereka adalah suami isteri.

Mereka juga sempat berbohong pada mulanya dengan memberitahu bahawa mereka sebenarnya telah bernikah di Thailand sebelum ini, tapi pemeriksaan lanjut akhirnya terbongkar apabila rupanya kedua-dua mereka sudah pun berkeluarga.

Lelaki tu ada seorang anak dan isterinya sedang sarat mengandung, anak kedua pula dihantar pulang ke kampung.

Wanita itu pula masih berstatus isteri orang dan ada dua orang anak dan dikatakan dalam proses penceraian. – Katanya.

Serbuan di rumah lelaki itu dilakukan bersama pegawai masjid dan orang awam yang mengesyaki memang ada berlaku maksiat di rumah tersebut.

Kedua-dua mereka adalah rakan di tempat kerja, di sebuah kilang di Kulim dan telah pun dibawa ke Balai Polis Sungai Kob untuk laporan tangkapan.

Kes pula akan disiasat mengikut Seksyen 25 (a)(b) Enakmen Jenayah Syariah Kedah 2014 kerana disyaki berkhalwat.

Jika sabit kesalahan mereka boleh didenda tidak melebihi RM3,000 atau dua tahun penjara atau kedua-duanya sekali.

PADK turut mengarahkan kedua-dua mereka dijamin oleh isteri dan ibu bapa sebelum dibenarkan pulang. – Katanya.

Memang betul, tak semua lelaki adalah sampah dan tak semua perempuan itu suci, semua orang pernah buat silap. Tapi ingatlah, walaupun apapun masalah yang berlaku dalam hubungan, curang bukanlah tiket untuk anda di luar sana lari daripada masalah.

Kredit: Sinar Harian

Penulis sepenuh masa di Oh! Media yang juga sepenuh masa ingin menyampaikan manfaat kepada rakyat Malaysia.

Comments

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

To Top