Connect with us

Oh! Media

Skuad Jejak Asnaf Bongkar Pemohon Zakat Duduk Kondo Mewah, Beri Alasan Sebab Selesa

Trending

Skuad Jejak Asnaf Bongkar Pemohon Zakat Duduk Kondo Mewah, Beri Alasan Sebab Selesa

Baitulmal MAIWP menerusi satu perkongsian di Facebook menasihati asnaf supaya bersedia untuk menurunkan gaya dan cara hidup mereka.

ADVERTISEMENT

BACA: Viral Kisah 4 Isteri & 28 Anak, Lembaga Zakat Selangor Rupanya Dah Bantu Sejak 2010

Ini berikutan satu pendedahan yang dibuat Skuad Jejak Asnaf di mana sebuah keluarga yang memohon zakat didapati tinggal di kondominium mewah yang disewa dengan nilai lebih RM3,000 sebulan.

Pihaknya mengaku terkejut melihat nilai hartanah di Sentul itu dan secara praktikalnya keluarga yang mempunyai masalah kewangan tidak akan mampu menghuni kediaman itu.

Difahamkan, keluarga tersebut memberi alasan tinggal di rumah mewah berkenaan atas sebab keselesaan dan keselamatan keluarga selain lokasinya yang berdekatan dengan sekolah anak.

Keluarga itu juga didapati menyewa bukannya tinggal di rumah pusaka atau tinggal secara percuma di atas ehsan sesiapa.

Perkongsian itu ternyata menerima pelbagai reaksi masyarakat. Ramai yang terkejut dan berpendapat keluarga itu ‘mencuba’ nasib meskipun tahu tidak layak. Nasib baiklah ada skuad yang melakukan siasatan terlebih dahulu.

Kredit: Facebook Baitulmal MAIWP

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas