Connect with us

Oh! Media

Viral Kisah 4 Isteri & 28 Anak, Lembaga Zakat Selangor Rupanya Dah Bantu Sejak 2010

Trending

Viral Kisah 4 Isteri & 28 Anak, Lembaga Zakat Selangor Rupanya Dah Bantu Sejak 2010

Baru-baru viral di Facebook perkongsian kisah mengenai keluarga besar yang hidup dalam keadaan tidak selesa. Hasil perkahwinan bapa bersama empat orang isteri, dia dikurniakan seramai 28 orang anak. Tambah mengejutkan apabila anak-anak tidak mendapat pendidikan di sekolah.

ADVERTISEMENT

Memetik laporan Astro Awani, Lembaga Zakat Selangor (LZS) telah menyalurkan pelbagai jenis bantuan sejak 2010 lagi. Menurut Ketua Pegawai Eksekutifnya, Saipolyazan M. Yusop, antara bantuan yang diterima adalah bantuan sewa rumah, persekolahan, kecemasan dan modal bagi membaiki keadaan keluarga itu.

Mereka juga akan diberikan motivasi termasuk perlu menandatangani akur janji untuk berubah.

Manakala, anak-anak yang tercicir di sekolah menengah dibantu dengan mencari kursus vokasional dan latihan teknikal dalam membantu meningkatkan potensi mereka.

Tambahnya lagi, pihaknya akan mengadakan sesi kaunseling kepada keluarga yang tinggal di Klang tersebut. Kaunseling dikhususkan kepada ketua keluarga, manakala anak yang tidak bersekolah akan menghadiri kursus kemahiran.

Kredit: Astro Awani , Bernama

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media

Teruskan membaca..
Berita lain yang popular...
Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas