Connect with us

Oh! Media

Serpihan Roket Angkasa China Dilapor Bakal Terhempas Ke Bumi & Dijangka Sabtu Ini?

Oh! Tidak

Serpihan Roket Angkasa China Dilapor Bakal Terhempas Ke Bumi & Dijangka Sabtu Ini?

Menerusi Laporan The Guardian, sebahagian badan roket angkasa milik China yang dilancarkan menuju ke stesen angkasa Tianhe berada diluar kawalan dan mungkin akan jatuh ke Bumi.

ADVERTISEMENT

Pada 29 April lepas, roket Long March 5B dengan tinggi 30 meter itu berlepas dari Wenchang, Hainan dan telahpun memasuki orbit rendah bumi sebelum hilang kawalan.

Ini mungkin petanda tidak baik. Kali terakhir mereka melancarkan Long March 5B sebelum ini, tragedi buruk turut sama berlaku. Sebatang besi bersaiz besar dilaporkan berterbangan di udara dan terhempas ke Ivory Coast hingga memusnahkan sebilangan bangunan di sana.

Ahli astrofizik di Pusat Astrofizik Universiti Harvard, Jonathan McDowell juga mengatakan yang kebanyakan bangunan di sana musnah dan mujurlah tiada sesiapa yang menjadi mangsa.

Serpihan dari roket angkasa milik China ini dijangka akan terhempas di Lautan Pasifik pada hari Sabtu ini. Walaubagaimanapun, US Space Command dilapor telah dapat mengesan serpihan-serpihan yang berterbangan di udara. 

Aerospace Corp juga meramalkan yang serpihan itu akan jatuh di lautan pasifik tetapi lokasi dan waktu sebenar serpihan itu jatuh masih belum dijangka dengan tepat.

Kredit: The Guardian

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media.

Penulis sepenuh masa di Oh! Media. Skop penulisan merangkumi segala aspek terkini & viral.

Comments

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

30 Hari Paling Trending

To Top