Connect with us

Oh! Media

Sengaja Biarkan Kucing Tersepit Pada Shutter Di Sebuah Bank, Kejam Betul!

Trending

Sengaja Biarkan Kucing Tersepit Pada Shutter Di Sebuah Bank, Kejam Betul!

Pasti ramai pencinta kucing dekat luar sana yang sakit hati bila dengar kejadian ni termasuklah Ohmedia sendiri. Kalau korang nak tahu, seekor kucing telah ditemui mati tersepit dekat shutter di sebuah bank dan dipercayai angkara khianat. Kejadian dikatakan berlaku di Taman Tampoi Utama, Johor Bahru dan dipercayai berlaku pada pukul 12 tengah malam.

ADVERTISEMENT

Menurut laporan Harian Metro, orang awam  memaklumkan kejadian ini kepada Persatuan Haiwan Malaysia kira-kira jam 4:30 pagi selepas menyedari kucing yang tersepit pada bidai besi automatik di bank tersebut. Persatuan itu juga menyangkakan bahawa badan kucing itu sengaja ditahan sewaktu shutter sedang turun. Lagipun shutter tu bunyi agak bising yang akan membuatkan kucing tersebut terkejut dan lari.

Sekarang ni, persatuan tersebut mengharapkan rakaman CCTV je yang boleh membantu untuk melihat bagaimana sebenarnya kejadian ini berlaku. Sekiranya ada saksi diluar sana yang semoat melihat kejadian, boleh terus kongsikan maklumat kepada 011-20901097 agar pelaku dapat dikesan.

Pergh! Kejam gila kalau betul memang manusia yang buat benda ni. Kucing tu pun nak hidup juga. Kalau tak suka sangat, halau je kucing tu supaya dia pergi ke tempat lain.

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca kucing tersepit pada shutter di sebuah bank di Facebook Oh! Media.

Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas