Connect with us

Oh! Media

Satu Keluarga Ditemui Maut Di Bilik Mandi Dipercayai Akibat Renjatan Elektrik

Trending

Satu Keluarga Ditemui Maut Di Bilik Mandi Dipercayai Akibat Renjatan Elektrik

Di Jakarta Indonesia, pasangan suami isteri berusia 37 dan 29 tahun termasuk bayi berusia 11 bulan ditemui maut dipercayai akibat terkena renjatan elektrik di bilik air.

ADVERTISEMENT

BACA: Pasangan Maut Dipercayai Terkena Renjatan Elektrik Di Bilik Air, Tinggalkan 3 Anak

Kejadian yang berlaku di sebuah rumah di Pulogadung, Jakarta Timur itu turut mengorbankan seorang pengasuh.

Ketua Polis Pulogadung, David Richardo dalam laporan Kompas.com berkata, mangsa disyaki maut akibat renjatan elektrik akibat litar pintas atau litar pintas elektrik daripada alat pemanas air.

Siasatan awal di tempat kejadian mendapati palam alat pemanas air terbakar.

Jelasnya lagi, kejadian malang itu dilaporkan berlaku sekitar jam 6 petang waktu Indonesia Barat. Si ibu waktu itu sedang memandikan anaknya di dalam tab mandi.

Dipercayai ketika memandikan anaknya, berlaku aliran elektrik mengenai ibu dan anak tersebut.

Si ibu menjerit menyebabkan pengasuh meluru ke bilik mandi. Si suami yang sedang makan cuba menolong ketiga-tiga namun turut sama terkena renjatan.

Seorang lagi pembantu rumah yang menyedari kejadian itu terus menelefon ambulan dan polis. Setibanya di tempat kejadian keempat-empat mangsa disahkan meninggal dunia.

Siasatan terperinci akan dilakukan pihak polis untuk mengenalpasti punca sebenar dan kesahihan sama ada berlaku litar pintas atau tidak.

Polis juga akan mendapatkan keterangan daripada ahli keluarga mangsa yang lain. Buat masa ini ahli keluarga masih dalam keadaan bersedih.

Kredit: Utusan | Kompas | jpnn.com

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas