Connect with us

Oh! Media

Rakyat Perlu Elak Situasi Panik, Terus Peka Dengan Keadaan Cuaca!

panik

Trending

Rakyat Perlu Elak Situasi Panik, Terus Peka Dengan Keadaan Cuaca!

Penduduk di empat negeri seperti Kelantan, Terengganu, Pahang dan Johor diminta untuk bertenang dan jangan panik selepas mendapat amaran status bahaya hujan lebat berterusan oleh Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia).

ADVERTISEMENT

BACA: 4 Negeri Diramal Banjir Mulai Esok, Penduduk Diminta ‘Peka’ Dan Waspada!

Menerusi laporan Kosmo, terdapat enam peranan siap siaga yang boleh dibuat oleh penduduk di kawasan-kawasan berisiko tinggi.

Perlu peka dengan keadaan sekeliling dan kenal pasti laluan yang tinggi dan selamat

Menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tugas-Tugas Khas, Datuk Dr. Abd. Latiff Ahmad, kawasan yang terlibat dalam amaran bahaya hujan lebat adalah Jeli, Kuala Krai, Gua Musang, Besut, Hulu Terengganu, Dungun, Kemaman, Jerantut, Maran, Kuantan, Pekan, Rompin, Mersing dan Kota Tinggi.

Rakyat elakkan daripada situasi cemas dan panik. Teruskan berhubung dengan agensi berkaitan untuk mendapatkan matlumat lanjut sebelum mengambil sebarang tindakan.

Terdapat beberapa peranan siap siaga yang perlu dibuat oleh penduduk di kawasan yang terlibat, seperti menyelenggara parit dan longkang, menyimpan nombor telefon penting untuk kegunaan kecemasan seperti (NDCC) 03-8064 2400 dan MyGCC 03-8000 8000.

Peranan seterusnya adalah peka dengan keadaan sekeliling, bunyi, isyarat amaran dan kenal pasti laluan yang tinggi dan selamat untuk ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS).

Penduduk juga perlu bersiap sedia untuk berpindah apabila diarahkan, mendapatkan maklumat terkini cuaca di kawasan masing-masing dan akhir sekali, simpan semua barangan berharga di tempat yang tinggi dan kalis air.

Menurut Abd. Latiff, Jawatankuasa Pengurusan Bencana Peringkat Negeri dan Daerah perlu diaktifkan dan meningkatkan tahap kesiapsiagaan menghadapi bencana banjir dan memastikan PPS dilengkapi dengan semua keperluan asas.

Semoga langkah-langkah yang dibuat ini mampu mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku. Teruskan berdoa dan mintalah perlindungan daripada Allah.

Kredit: Kosmo

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas