Connect with us

Oh! Media

Polis Cari Lelaki Baling Selipar, Pukul Pengutip Kotak Di Stesen Minyak

Oh! Tidak

Polis Cari Lelaki Baling Selipar, Pukul Pengutip Kotak Di Stesen Minyak

Padah membuat serangan ke atas seorang lelaki di stesen minyak, individu ini kini diburu polis. Menerusi rakaman tular di media sosial, lelaki yang menunggang motosikal itu dilihat berhenti sebelum tiba-tiba mengasari mangsa yang sedang duduk.

ADVERTISEMENT
Foto: Traffic Info Crew

Dalam video berdurasi satu minit 30 saat itu, dapat dilihat suspek membaling selipar, menampar muka mangsa dan cuba menendangnya.

Polis Daerah Kulai menerusi satu hantaran di Facebook berkata, kejadian berlaku pada 11 Julai lalu lebih kurang jam 2.18 pagi.

Berdasarkan laporan yang dibuat mangsa, suspek meminta mangsa beredar daripada stesen minyak tersebut sebelum bertindak memukulnya.

Mangsa memberitahu pihak polis dia berada di stesen minyak itu untuk mencari kotak. Mangsa sama sekali tak kenal suspek dan tak pernah melihat suspek sebelum ini.

Pihak polis menyeru saksi yang melihat kejadian supaya tampil memberikan maklumat di Ibu Pejabat Daerah Kulai atau hubungi pegawai penyiasat Nik Mohamad Nazirul Azri di talian 013-4401866.

Tak pasal-pasal je kena kutip dengan polis!

Kredit: Facebook Polis Daerah Kulai

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Comments

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

30 Hari Paling Trending

ohmedia telegram group
Ke Atas