Connect with us

Oh! Media

Pemilik Akaun Buat Kenyataan ‘Nilai 3 Terletak Di Selangor’ Disiasat Polis

Trending

Pemilik Akaun Buat Kenyataan ‘Nilai 3 Terletak Di Selangor’ Disiasat Polis

Baru-baru ini tular di Facebook mengenai Nilai 3 terletak di negeri Selangor. Polis telahpun membuka kertas siasatan berhubung kes seorang pemilik akaun Facebook yang disyaki menyebarkan berita palsu yang boleh menimbulkan kegentaran awam.

ADVERTISEMENT

Menurut laporan Harian Metro, pemilik akaun yang dikenali sebagai N9 RADAR akan dipanggil untuk memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Nilai bagi membantu siasatan.

Ketua Polis Daerah Nilai Superintendan Mohd Fazley Ab Rahman berkata, kenyataan yang dibuat oleh pemilik akaun Facebook itu boleh menimbulkan kekeliruan orang awam dan kegentaran orang ramai.

Pemilik akaun itu memuat naik status ‘Nilai 3 terletak di negeri Selangor’. Kita menegaskan bahawa Nilai 3 adalah kawasan dalam pentadbiran IPD Nilai, Negeri Sembilan dan bukannya terletak di Selangor.

Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 505 (b), Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998. Orang ramai juga dinasihatkan supaya tidak berkongsi atau menyebarkan berita-berita palsu.

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media.

Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas