Connect with us

Pemandu Mabuk Rempuh Pelajar Tingkatan 5 & Disahkan Meninggal Dunia Di Tempat Kejadian

Oh! Tidak

Pemandu Mabuk Rempuh Pelajar Tingkatan 5 & Disahkan Meninggal Dunia Di Tempat Kejadian

Muncul sekali lagi kemalangan yang berpunca dari pemandu mabuk di Malaysia ini. Terbaru, Sinar Harian ada melaporkan bahawa seorang pelajar Tingkatan Lima telah maut selepas dirempuh pemandu mabuk yang membawa kereta Perodua Myvi.

Kejadian yang berlaku di Jalan Raja Laut menghala Jalan Ipoh itu dilaporkan berlaku pada semalam (21 September 2020) dan ia disahkan Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur Asisten Komisioner, Zulkefly Yahya.

Kejadian pada jam 3 pagi itu melibatkan pemandu kereta berusia 36 tahun dan telah mengubah haluan secara melintang untuk masuk ke Lorong Tiong Nam. Pada masa sama penunggang motosikal berusia 17 tahun dari arah Jalan Raja Laut telah melanggar pintu depan kiri kereta jenis Perodua Myvi itu. Mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kerana kecederaan parah di kepala. – Katanya.

Siasatan awal mendapati ada kandungan alkohol dalam darah pemandu terbabit dan ia melebihi had yang dibenarkan untuk memandu kenderaan.

Disebabkan itu, kes akan disiasat mengikut Seksyen 44(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Kredit: Sinar Harian

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media.



Penulis sepenuh masa di Oh! Media. Skop penulisan merangkumi segala aspek terkini & viral.

Comments

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

To Top