Connect with us

Oh! Media

Peguam Fail Saman Kepada Kerajaan Dan Menteri Kesihatan Berhubung Merokok Di Pejabat Swasta

Ohmedia merokok dalam pejabat

Oh! Tidak

Peguam Fail Saman Kepada Kerajaan Dan Menteri Kesihatan Berhubung Merokok Di Pejabat Swasta

Seorang peguam terkenal, Mohamed Haniff Khatri Abdulla, telah memfailkan semakan kehakiman di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur berhubung larangan merokok di kawasan pejabat termasuk milik swasta yang akan dikuatkuasakan mulai 1 Januari 2025.

Haniff menamakan Kerajaan Malaysia dan Menteri Kesihatan sebagai defendan utama dalam samannya. Baginya, larangan ini melanggar hak asasi di bawah Perlembagaan Persekutuan.

“Hak saya sebagai perokok tidak boleh dinafikan” – Haniff.

Image

Menurut Haniff, larangan ini seolah-olah mengabaikan hak peribadi perokok untuk menggunakan ruang kerja mereka sendiri sebagai tempat merokok.

IKLAN

Sebagai seorang perokok, saya mempunyai hak untuk menikmati ruang kerja peribadi saya tanpa sekatan yang tidak munasabah.- Tegasnya.

Dia juga menjelaskan bahawa merokok masih sah di sisi undang-undang sivil dan meminta kerajaan mempertimbangkan situasi ini dengan lebih adil.

Peringatan awal kepada pekerja dan pelanggan

Image

Haniff turut memaklumkan bahawa beliau sudah memberi peluang kepada pekerja dan anak guamnya untuk membuat keputusan.

Sejak Oktober lalu, notis telah diletakkan di pejabatnya bagi memaklumkan bahawa kawasan tersebut adalah mesra perokok. Bagi pekerja yang tidak selesa, mereka ditawarkan pampasan atau peluang untuk berhenti.

Saya tidak memaksa sesiapa untuk menerima asap rokok. Pekerja dan pelanggan bebas membuat keputusan.- Jelas Haniff.

Surat kepada Menteri Kesihatan

Image

Pada 29 November 2024, Haniff telah menghantar surat rasmi kepada Menteri Kesihatan, meminta pengecualian untuk pejabatnya daripada perintah larangan ini.

Baginya, kawasan pejabat milik peribadi tidak sepatutnya tertakluk kepada peraturan yang sama seperti kawasan awam.

Ohmedia merokok dalam pejabat

Jap!


Baca dulu respon netizen di Facebook.
Rujukan kami: Sinar Harian


🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
M. Hafizal
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

Ke Atas