Connect with us

Oh! Media

Pasangan Suami Isteri Melecur, Cuba Padamkan Api Rumah Yang Tak Sampai Sebulan Dibina

Kebakaran

Trending

Pasangan Suami Isteri Melecur, Cuba Padamkan Api Rumah Yang Tak Sampai Sebulan Dibina

Malang tidak berbau! Baru saja sebulan menduduki rumah yang baru dibina, pasangan suami isteri melecur 30 peratus di badan akibat kebakaran. 

ADVERTISEMENT

BACA : Api Kian Marak Di Israel, Palestin Hantar Bantuan Bomba Kawal Kebakaran

Menurut laporan Harian Metro, kejadian berlaku di Kampung Kuala Pah, Jelebu pada pukul 8.30 malam semalam apabila mereka yang kedua-duanya berusia 27 tahun itu cuba memadam api yang marak, namun mereka sekali terkena tempias. 

Seramai enam anggota dari BBP Jelebu dan tujuh anggota dari BBP Simpang Pertang bergegas ke lokasi berkenaan untuk memadamkan kebakaran dan perkara ini dikatakan sendiri Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jelebu Mohd Fazzil Mohd Yunus.

Kami mengepam air sungai yang terletak kira-kira 200 meter dari rumah itu untuk pemadaman dan api padam sepenuhnya pada 9.10 malam.

Ketika kejadian, terdapat juga seorang mangsa berusia 12 tahun yang merupakan adik ipar kepada salah seorang mangsa. Walaubagaimanapun, dia sempat menyelamatkan diri dan tidak mengalami sebarang kecederaan. 

Rumah tersebut dikatakan telah terbakar 90 peratus dan mereka yang melecur sebanyak 30 peratus di badan itu telah dihantarkan ke Hospital Jelebu bagi mendapatkan rawatan.

Jangan main dengan api, bahaya! Semoga perkara sebegini dapat dijauhkan dari kita semua. 

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas