
Oh! Tidak
“Nampak La Diorang Ni Beb*l..” – Netizen Kecam Mereka Yang Bayar Beribu Demi Sijil Vaksin Palsu
Oleh
Perkongsian di Twitter @La_Fareast telah mencetuskan kemarahan netizen mengenai screenshot yang dikongsikannya mengenai servis penjualan sijil digital vaksinasi Covid-19 Mysejahtera.
BACA: Doktor Dicekup Disyaki Jual Sijil Vaksin Palsu, Satu Sijil RM400
LaFareast memuat naik gambar tangkap layar tersebut di laman Twitternya sambil menyatakan mungkin begini cara jemaah Umrah yang lepas menunaikan umrah tapi tidak mengambil vaksin.
Rata-rata netizen mengecam tindakan semua ‘antivaksin’ kerana mereka lebih sanggup membayar sebanyak RM2,500 demi mendapatkan sijil palsu daripada mengambil vaksin yang jelas-jelas percuma.
Wow maybe ni la caranya utk ke Umrah utk org yang x vaksin? pic.twitter.com/aop3pPENmo
— 🇲🇾🏴La FarEast – biru yg lebih muda 💙 (@La_FarEast) January 8, 2022
Antara perkhidmatan yang termasuk dalam bayaran RM2,500 itu adalah sijil vaksinasi palsu itu menggunakan nama sendiri dan selamat digunakan jika ada pemerikasaan penguasa.
Mereka yang mahu membeli sijil palsu ini hanya perlu menyediakan wang dan memberikan nombor kad pengenalan dan ID Mysejahtera.
Katanya proses akan siap dalam masa seminggu atau dua minggu. Memang pelik-pelik diorang ni. Berani betul buat duit guna cara macam ni!
Ada yang terlalu geram dengan menyatakan tindakan antivaksin tersebut sebagai seorang yang ‘beb*l’ haha!
RM 2.5k, padahal vaksin itu percuma. Maka betullah, anti vaksin ni bebal.
— x (@anisadnan_) January 9, 2022
Alasan mereka – “Aku sanggup bayar semahal mana pun, dari jadi mangsa fitnah Dajjal…” 😮💨😮💨
— Pü@kà Eñ$èm™ (@puakaensem) January 9, 2022
Antivaksin ni bebal. Vaksin percuma taknak ambik tapi sanggup bayar RM2.5k semata utk dapatkan sijil vaksin palsu. Kesian. https://t.co/y262uMlJXa
— 😉 (@liyanafirzanah) January 9, 2022
Ramai yang tidak faham akan tindakan mereka yang sanggup bayar beribu demi sijil vaksin yang sebenarnya percuma sahaja.
Semoga pihak atasan dapat mengambil tindakan kepada mereka yang memalsukan sijil vaksin ini dan berikan hukuman yang setimpal.
Kredit: Twitter
