Connect with us

Oh! Media

Doktor Dicekup Disyaki Jual Sijil Vaksin Palsu, Satu Sijil RM400

sijil 1

Trending

Doktor Dicekup Disyaki Jual Sijil Vaksin Palsu, Satu Sijil RM400

Seorang doktor lelaki berusia 51 tahun yang disyaki menjual sijil vaksinasi Covid-19 palsu ditahan pihak polis Terengganu untuk membantu siasatan.

Dalam serbuan di sebuah klinik swasta di Marang, kelmarin, polis menemui kira-kira 1,900 sijil vaksinasi.

BACA: Individu Meroyan, Gagal Pujuk Staf PPV Untuk Dapatkan Sijil Vaksin Palsu

IKLAN

Menurut Ketua Polis Terengganu, Datuk Rohaimi Md Isa, serbuan dilakukan sepasukan pegawai dan anggota Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) selepas mendapat maklumat mengenai penipuan sijil vaksin tersebut.

Setakat ini, terdapat kira-kira 1,900 individu yang terbabit mendapatkan sijil ini dan kita sedang menyiasat sama ada semuanya tulen atau sebaliknya.

Tambah beliau, suspek dipercayai berurusan secara dalam talian bermula September lalu. Setiap suntikan dikenakan bayaran antara RM400 ke RM600.

Video sidang media:

Di Twitter, Dr Khairul Hafidz berpendapat perbuatan yang memalukan profesyen ini tidak sepatutnya berlaku. Jika disabitkan bersalah, suspek perlu dikenakan hukuman setimpal.

Kredit: Harian Metro | Twitter Mohd Ishak Abdillah Ngah | Twitter Dr Khairul Hafidz

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

OH! MEDIA

Kongsikan artikel ini

Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.

BULETIN OH! MEDIA

Baca Yang Paling Best Je.

Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!

Pautan artikel telah disalin.
author avatar
Arini Saleh Penulis
Penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas