Connect with us

Oh! Media

Muka Tertekup Lampin, Bayi Maut Di Rumah Pengasuh

Trending

Muka Tertekup Lampin, Bayi Maut Di Rumah Pengasuh

Seorang bayi lelaki maut dipercayai mengalami sesak nafas selepas mukanya tertekup kain lampin di rumah pengasuhnya di Taman Cempaka, Ampang Jaya.

ADVERTISEMENT

BACA: Bayi Lelaki Berusia 11 Bulan Maut Di Rumah Pengasuh

Memetik laporan daripada Harian Metro, bayi yang berusia empat bulan itu sedang berada di dalam buaian ketika kejadian.

Menurut Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak, pesakit dibawa dari klinik di Pandan Indah dengan ambulans Hospital Ampang.

Bantuan kecemasan diberikan tetapi mangsa menunjukkan tanda-tanda kematian.

Tambah Mohamad Farouk lagi, bayi terbabit kemudiannya disahkan meninggal dunia sebaik sahaja tiba di hospital.

Punca kematian masih dalam siasatan.

Susulan itu, pada jam 10.30 malam tadi, sepasukan anggota dari Bahagian Siasatan Jenayah Daerah (BSJD) Ampang Jaya membuat tangkapan terhadap wanita warga Indonesia berusia 26 tahun yang juga pengasuh bayi itu.

Pengasuh tiada rekod jenayah lampau

Walaubagaimanpun, suspek didapati tidak mempunyai sebarang rekod lampau membabitkan kesalahan jenayah atau dadah.

Keterangan awal suspek memaklumkan mangsa sesak nafas kerana kain lampin dalam buai menutup muka.

Ketika kejadian ibu bapa mangsa sedang bekerja manakala bayi itu dihantar ke rumah suspek untuk dijaga.

Suspek kini direman bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah.

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas