Connect with us

Oh! Media

Isu Parkir

Oh! Tidak

“Negara Ini Hanya Tahu Mengambil Kesempatan” – Lelaki British Terkandas Di Malaysia Gara-Gara Isu Parkir RM7!

Seorang lelaki British bernama Ahmed Hadi, mendakwa dirinya terkandas di Malaysia gara-gara isu parkir RM7.

Menurut Ahmed, mesin pembayaran tidak menerima kedua-dua kadnya, walaupun telah menekan butang bantuan dan menunggu selama 10 minit, namun tiada pegawai parkir yang datang membantu.

IKLAN

Isu parkir bertukar tragedi

Isu Parkir

Kerana terdesak dan tiada pilihan lain, Ahmed terpaksa mengangkat palang itu untuk keluar dari tempat letak kereta tersebut, namun secara tidak sengaja telah menyebabkan kerosakan.

Tindakannya itu membawa padah apabila beliau ditahan dan dibawa ke mahkamah. Pasportnya disita sebagai syarat jaminan yang menyebabkan beliau tidak boleh meninggalkan Malaysia sehingga kes selesai.

Saya sangka semuanya selesai, tetapi sehingga kini, saya masih tidak dapat pasport saya atau tahu bila akan dapatkannya semula.

Pengalaman pahit dalam penjara

Isu Parkir

Ahmed turut mendedahkan pengalaman pahit sewaktu ditahan, termasuk keadaan sel yang dikatakan tidak berperikemanusiaan.

Keadaan dalam sel sangat teruk. 50 orang terpaksa berkongsi satu tandas. Salah seorang pegawai polis mengancam untuk memukul saya.

Isterinya, Lucy, terpaksa membayar hampir £2,425.41 (RM13,231) untuk membebaskannya daripada penjara, termasuk bayaran penjamin dan yuran guaman.

Pasport Ahmed kekal disita sehingga perbicaraan seterusnya pada 17 Februari.

Akibat insiden ini, Ahmed mengakui dia kini memikirkan semula keputusan untuk berpindah ke Malaysia.

#ApaKataOhMedia

Kejadian ini menunjukkan betapa pentingnya untuk kita memahami undang-undang dan peraturan tempatan sebelum melancong ke negara asing. Kita juga perlulah sentiasa sediakan wang tunai sebagai alternatif untuk pembayaran.

Isu Parkir

Jap!


Baca dulu respon netizen di X dan Facebook.
Rujukan kami: Vocket


Lagi dalam kategori Oh! Tidak

Trending Bulan Ini

Berita Trending Setiap Hari
Dihantar Terus Kepada Anda

Kami bantu himpunkan berita paling popular setiap hari dan dihantar ke emel anda secara percuma. Langgan'lah sekarang!

Kami tidak spam anda! Baca privacy policy kami.

Ohmedia Banner
Ke Atas